.
Salam sahabat2.
Pagi Jumaat penuh berkat. Matahari pun cerah, menginci naik ke langit.
Di laut, Burung Camar mendepang sayap lalu terbang. Pak Tua berkayuh sampan mencari Tamban untuk dibuat umpan. Untuk mengail Belitung dan Kerisi yang menyelam ke celahan unjam dan terumbu karang nan tajam.
Getus hati Pak Tua ' tulang empat kerat mesti digerakkan, kalau tak gerak, bukanlah kehidupan'.
.
2 comments:
sedihnya.
aku jugak pernah pergi memancing bukan sekadar hobi. tapi nak menyediakan juadah harian.
semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Rap.
Aku pun....
Post a Comment