Saturday, February 24, 2018

Nanas Johan Setia ...

.

Kalau Johor terkenal dengan Nanas, di Klang pula ada Johan Setia yang ada banyak Nanas.



Tanah di Johan Setia, Klang jenis tanah gambut. Mungkin itulah sebabnya Nanas boleh subur dikebunkan di situ.

Aku pilih nanas Madu yang bersaiz bulat dan kecil berbanding MD2 (yang banyak ditanam di Johor). Juga ada nanas yang dipanggil Nanas 'Yenkee' (?).



Ada banyak gerai di bahu jalan. Aku pilih gerai yang berdepan dengan Masjid Jalan Johan Setia. Minggu lepas aku beli beberapa jenis nanas, termasuklah Yenkee.

Tapi bukan rezeki aku. Nanas Yenkee tu terlebih masak hingga berair. Jadi, hari ini aku pergi lagi ke gerai yang sama kerana aku nak merasa Nanas Yenkee. Aku dapat tahu nanas jenis itu dari mulut kawan2. Aku belum pernah rasa. Apa yang gahnya Nanas Yenkee ni?

.

4 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

huhuhu.

air nenas sedap cmpur dengan cengkih.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Hah? Ko biar betul...?

sudipVSsenduk said...

betul kata Rap.
rebus nenas + air + gula + cengkih & kayu manis. Lagi naik aromanya

Nizam.Ariff said...

SvS
Eh....tu dah mcm buat sayur nanas...?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com