Wednesday, February 14, 2018

Patin tempoyak Temerloh

.

Kalaulah semalam ke Ipoh, hari ini ke Temerloh pula.


Tengahari, alang2 sudah di bandar ikan patin, kenalah merasa ikan patin masak tempoyak. Tidaklah nanti dikononkan dek orang.

Aku makan di gerai Pak Usop. Masak tempoyaknya tidak macam di Perak. Malah, yang di Shah Alam (walau dikatakan masakan Pahang) juga tak sama. Yang biasa aku makan, kuahnya pekat dengan tempoyak, warna kuning, manis dan masam.

Tapi yang ini tempoyaknya tak berasa sangat dan tak berapa masam.



Ianya seperti sayur keladi masak asam yang ditambahkan tempoyak...pedas dan tak terasa muak dek rasa ikan berkuah manis seperti yang aku makan sebelum2 ini.

.

4 comments:

Pengedar Shaklee Kota Kemuning 017-4205506 said...

Sedapnya patin tempoyak. Favorite sangat ni.

Nizam.Ariff said...

Cuti CNY ni boleh le ke sana...hehe

Rapunzel Cikilolo said...

patin aku makan juga. tapi tempoyak tak makan.

jadi patin akan jadi masak lemak cili api patin ja.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Asam pedas pun ok gak...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com