Saturday, March 10, 2018

Apabila pili menjadi kontang

.

Masalah bekalan air - apa yang aku belajar darinya?

1. Apabila dapat notis air, aku isi tong drum 100 liter dengan air paip. Aku isi 8 tong satu gelen dengan air bertapis. Aku penuhkan bekas tong beras berkapasiti 20 liter juga dengan air bertapis. Aku isikan juga drink dispenser berkapasiti 15 liter dengan air paip. Aku isikan 2 baldi berkapasiti 10 liter dengan air paip. Banyak?

Air bertapis - untuk memasak + minum. Air paip dalam tong drum - untuk simpanan air mandi jika tangki air rumah jadi kosong. Air baldi untuk tanaman. Cukup?

Dengan usaha itu, aku dapati ianya cukup untuk tampung kami untuk 4 hari tanpa air. Selepas ini, dapatlah diagak daya bertahan kami.

2. Selama 5 hari kami tidak basuh baju. Aku dapati kami tiada masalah dengan jumlah bekalan pakaian dan pakaian dalam. Namun jika aku terpaksa bekerja di hari ke-6, aku mungkin ke pejabat dengan berkain pelikat.


Aku perlukan seluar pejabat barang sehelai dua. Sudah ada 2 helai yang lama tapi telah lama tak dipakai kerana aku dapati seluar itu sudah mengecil di bahagian pinggang.

Oleh itu, seluar lama tak dipakai akan mengecil di bahagian pinggang. Maka sering2 lah dipakai.

3. Apabila mengambil bekalan air dari tong2 air komuniti, menggunakan bekas air mineral 1.5 liter tidaklah membantu sangat.


Aku gunakan tong 1 gelen. Aku dapati aku perlukan 3 gelen untuk mandi sahaja. Tong 1 gelen pun tidak banyak membantu. Jadi, sediakan lah tong paling kurang dengan 15 liter dan bertutup, barulah berbaloi untuk beratur mengambil bekalan air.


(Juga ada di IG @nizam.ariff )


.

3 comments:

Hans said...

betul tu
macam saya hari tu tak ada air memang susah sebab tak ada bekas tong biru yang besar gedabak tu
jadi terpaksalah 3-4 kali turun naik angkut air

Nizam.Ariff said...

Hans.
Pengalaman mengajar kita...hehe

Rapunzel Cikilolo said...

semoga lah dipermudahkan nizam...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com