Wednesday, December 19, 2018

Ep. 4 Kembara di 2 Tanah Haram

.
Pengajaran dari Tawaf

Pada kali pertama Tawaf, aku merasa pinggang dan kaki aku sangat sakit. Kalau boleh mahu duduk berehat sebentar. Tapi tak boleh sebab Mama dan Mak Mertua memegang aku di belakang. Mahu tidak mahu, terpaksa diteruskan. Aku dapati jemaah lelaki baik wanita selamba sahaja bersesak/menolak, lebih-lebih lagi jemaah yang datang berkumpulan (biasanya dari Indonesia/India/Turkey).

Pada Tawaf kedua (sunat), aku ubah taktik dan pada kali ini pinggang aku tak sakit sangat. Apa yang aku ubah? Aku tak keraskan badan jika ditolak. Malah aku akan ikut hayunan gelombang tolakkan itu. Pinggang menjadi sakit kerana aku kerap menahan tolakkan dari belakang. Akibat terlalu kerap menahan, otot pinggang aku sengal dan kejang.

Sedangkan jika aku biarkan badan aku terhayun sama dengan 'badai' tolakkan, aku kurang mengeraskan otot pinggang. Hasilnya, pinggang aku kurang sakit. Ini sama dengan konsep Tai chi.

Kalau nak lebih selesa jika Tawaf bersendirian atau berpasangan, elok ikut sahaja di belakang jemaah yang berkumpulan. Ikut sahaja kelajuan dan bacaaan ketua mereka. Ada sekali itu, aku dan Mama berada di hadapan satu kumpulan besar jemaah dari Turkey. Aku ikut rentak kelajuan mereka, jadi aku sentiasa di hadapan mereka. Dan aku ikut bacaaan ketua mereka. Tapi bila sampai bab mereka baca doa dalam bahasa Turkey, aku menjajau-jajau sebab tak pandai nak sebut.

Aku toleh beberapa kali kepada ketua mereka. Ketuanya hanya tersenyum memandang aku. Aku dapat akal... aku aminkan doa mereka itu kuat-kuat kerana aku pasti mereka berdoa yang baik-baik sahaja. Bila aku toleh kembali kepada ketua mereka, dia tersenyum sambil geleng-gelengkan kepala...hahaha.





Sambung...

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com