SOLAT DI HIJR ISMAIL
Hijr Ismail adalah sebahagian daripada binaan Kaabah. Berdoa dan bersolat di sini umpama beribadat di dalam Kaabah. Oleh sebab itulah ruang di Hijr Ismail memang sentiasa penuh dengan jemaah.
Ruang di depan berhampiran Kaabah penuh dengan jemaah berdiri berhimpit2 sambil berdoa dan meratap. Manakala ruang di belakang adalah tempat bersolat. Tapi ruang ini penuh dengan jemaah wanita dari India dan Pakistan duduk 'berkampung'. Amat payah untuk minta mereka berganjak.
Setiap solat waktu, ruang Hijr Ismail akan dikosongkan oleh polis untuk VVIP Arab bersolat. 15min sebelum waktu solat, ruang akan dihamparkan permaidani. VVIP akan diiring masuk. Imam juga akan melawat Hijr Ismail sebelum mengambil tempat imam berdekatan pintu Kaabah. Jemaah wanita memang tidak dibenarkan bersolat di kawasan dataran Kaabah.
Selepas solat waktu, VVIP akan keluar dan ketika inilah jemaah akan menyerbu masuk ke ruang Hijr Ismail. Jemaah yang berdekatan pintu pagar Hijr Ismail biasanya akan dapat masuk dahulu.
Inilah strateginya. Aku memilih waktu subuh. Sejam sebelum masuk waktu subuh, aku turun ke dataran dan buat tawaf sunat beberapa pusingan. Setiap pusingan, aku akan masuk ke trek dalam. Sehinggalah kira2 10 minit sebelum azan Subuh, pastikan berada di kawasan pintu pagar Hijr Ismail. Buat saf cepat2 sebelum jemaah lain menyelit. Buat solat sunat sentiasa, jika tidak, polis akan suruh teruskan tawaf. Dia takkan bagi kita berhenti kerana ganggu aliran tawaf. Kecuali kalau bersolat.
Selepas azan Subuh dan sementara tunggu iqamah, buat solat qobliah dan sunat lagi. Jangan berhenti sehinggalah usai solat subuh. Selepas VVIP keluar, cepat2 hampiri pintu pagar. Dinasihati untuk masuk dan susuri dinding Hijr Ismail hingga ke belakang kerana ruang belakang lebih selesa untuk bersolat. Solat sunat secara ringkas kerana jemaah lain pasti menunggu kita. Tapi lamakan disujud terakhir kerana ketika itulah kita berdoa.
Bersolat sunat 2x2 rakaat di Hijr Ismail |
Ruang untuk aku bersolat tidaklah besar kerana bersesak2. Lebih kecil daripada sekajang sejadah. Malah kadang2 ada yang berdiri di tempat aku sujud. Tak mengapa, ketika mahu rukuk atau sujud, tolaklah orang itu. Itu biasa dibuat. Mereka faham. Dan jika terlalu bersesak, eloklah jangan sujud ke lantai tapi sekadar gerakan isyarat seperti solat darurat secara duduk. Kerana dikhuatiri orang terpijak tengkuk kita dan boleh pengsan... atau maut.
Sambung...
.
No comments:
Post a Comment