Monday, May 6, 2019

Masakan Tempua bersarang rendah!

.
Sama ada kerana mereka itu berasa selamat untuk bersarang rendah atau memang benar ada sesuatu di bawahnya yang membuatkan mereka berasa berani untuk bersarang rendah.





Walau apa pun sebabnya, mereka itu berasa selesa untuk berbuat demikian. Jika tidak, mereka pasti mencari pokok kelapa yang lebih tinggi untuk bersarang, seperti sebelumnya.

Aku jengah, aku intai. Tak nampak apa-apa. Aku pasang telinga, aku picingkan mata. Tak dengar apa-apa.

Ianya misteri. Apalah agaknya?

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com