Friday, July 12, 2019

Debu-debu kenangan yang selesa

.
Aku lontarkan fikiran jauh-jauh ke belakang, masa dahulu. Sejauh yang aku masih ingat. Paling ingat tatkala aku masih kecil.

Di atas meja solek kakak di biliknya ada seberkas bedak. Ada beberapa jenis. Aku syak setiap satu bedak itu khusus untuk bahagian tertentu.

Umpamanya, bedak muka untuk selepas mandi tak sama dengan bedak untuk celahan dan belahan. Bedak untuk celahan dan belahan ini lebih 'berangin', nyaman dan harum. Manakala bedak untuk muka lebih kepada mulus dan halus.



Manakala bedak untuk badan pula yang lain. Ia lebih kasar dan biasanya berubat.

Jadi, apabila aku usai mandi, kakak akan buat aku seperti anak patung yang berdiri tanpa tuala dengan mata pandang ke atas bagi mengelak daripada debu bedak masuk ke mata dan tersedut oleh hidung.

Dan apabila sampai ketikanya untuk membedak celahan dan belahan, aku akan mula terasa nyilu dan ngeri...

.

4 comments:

sudipVSsenduk said...

kita org biasa pakai Johnson & Johnson masa kanak2.
Bila dah remaja sikit baru pakai bedak Amami dan bedak Zaitun

Nizam.Ariff said...

SvS.
Ada juga pakai bedak sejuk je... Mak buat sendiri...

Riyanlaiyan said...

Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..
saya sudah follow anda #387

Jom follow blog www.iyaseo.id

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

Mrs. A said...

Hehheee... Mrs. A masa kekecik pakai bedak johnson & johnson gak mcm SvS tapi sama je pakai kat muka dengan badan.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com