Sejarah Perak:
Tentang Birch, sepatutnya begini:
- Orang mengutip cukai sewenang-wenangnya, sehingga golongan peniaga dan prospektor mulai menyampah dan rugi. Seterusnya, mereka beralih kepada perahu-perahu kecil orang kampung yang bawa pisang dan ayam. Birch melihat ini sebagai keterlaluan, maka dilaksanakan sistem percukaian yang sebahagian hasilnya diberikan kepada Raja (Perak ada 4 Raja masa itu mengikut daerah). Apa yang Birch buat telah menyebabkan Orang Besar-Besar seperti Dato' Maharajalela kehilangan pendapatan. Siapa yang naik darah agaknya?
- Sistem perhambaan di mana orang-orang asli dan hamba hutang di amalkan. Salah seorang hamba atau gundik di situ telah lari dari rumah tuannya kerana tidak tahan dan telah pergi kepada Birch. Birch telah menyelamatkan perempuan ini dan menghalang tuannya dari mengambilnya semula. Tuannya telah melaporkan kepada pembesar. Dan berlakulah apa yang kita tahu...pembunuhan Birch di tebing Sungai Perak.
Bagaimana dengan Dato' Maharajalela dan pembesar-pembesar lain, yang selama ini dikatakan telah berjuang menentang Orang Putih penjajah itu? Fikirkanlah sendiri..benarkah Dato' Maharajalela itu seorang pejuang yang tulus? Kalau benar, kenapa istilah Bermaharajalela itu wujud? Siapa yang jahat sebenarnya?
Kadangkala aku fikir Birch telah menjalankan tugasnya, dan menjadi sebahagian daripada ketentuanNya untuk menjadikan Perak lebih terdedah kepada dunia luar dan Perak adalah antara negeri lebih maju dari Selangor pada masa itu. Tapi, perlukah aku terhutang budi kepadanya? Perlukah aku berterima kasih kepada Birch???.
1 comment:
Post a Comment