Monday, May 12, 2008

Jalan2: Panik Beras Mengganas di Kota Raya

'Kenapa?'
'Kenapa hanya di Kota Raya? Kamu ingat, kami di kampung ni makan Pizza?' Pak Tua.
'Bukan begitu, encik. Saya dah tak mampu nak tahan lagi.' Ahli politik.

Pak Tua mengerling pada Mercedes ahli politik yang hitam berkilat dan logo ADUN.
'Eleh. Alasan kamu. Kami yang penat di sawah, tak juga kaya-kaya macam kamu.'
'Bukan begitu, encik. Saya benar-benar tak tertahan lagi dah ni.'

'Habis tu, kamu ke sini setakat nak beritahu yang kamu tak mampu buat apa-apa?'
'Bukan begitu, encik. Saya nak tumpang tandas encik.'

Aku. Duduk di meja bulat. Aku suap karipap inti daging. Aku kunyah perlahan-lahan sambil mendengar.

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com