Saturday, May 10, 2008

Sustra: Seorang Tua di tepi sawah



Sengenge semakin terik. Jurai-jurai cahayanya makin membahang, membakar kulit pada belakang si Tua. Si Tua mendongak, mengagak jam berapa kini, kemudian mengalihkan pandangan kepada pasangannya yang asyik mengubah anak padi. Selut yang berbaki pada lengannya dicurahkan sedikit air sawah.
Kemelut kota semakin menekan. Payah, jerihnya seakan-akan tidak berbayar. Seolah-olah apa yang dibuat pada sawahnya sekadar budi murni untuk masyaraka kota yang kaya-raya. Bukan untuknya. Bukannya untuk keluarganya.

Si Tua semakin lelah. Penat bertarung dengan rumput keting belalang. Rumput sambau yang tak mati kalau setakat disembur Furadan. Si Tua lemas dalam pertarungan tak bernoktah ini. Tapi apa yang dia dapat? Untuk keluarganya?

Soalan-soalan ini patut di jawab oleh mereka yang kaya-raya di kota raya itu. Mereka yang memulakan kemelut ini. Kenapa si Tua ini yang pincang? Korban? Peluhnya sekadar sebutir beras. Ya, setitis peluhnya berharga hanya sebutir beras. Murah. Amat murah.

Hari-hari yang berlalu semakin mengundangnya, lebih hampir kepada umur tuanya, semakin hampir kepada kuburnya. Dan sawah ini, siapakah yang akan mewarisi tanah ini? Adakah mereka-mereka yang kaya-raya di kota raya? Tidak! Itu tidak mungkin.

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com