Sunday, May 4, 2008

Jalan2: The Return of an Ancient Mariner...

Hari ini, Malaysia menunggu kepulangan jenazah S.M Nasimuddin.

Bagi golongan agak berada, mereka yang ancient dan mereka yang gila auto; ini adalah kepulangan seorang ancient mariner . Tak ramai yang tau beliau, selain kereta-kereta mewah, sport yang dibawa masuk dan kilang pemasangan NAZA di Kedah.

Ramai mungkin tak tau, bahawa semasa penubuhan kilang pemasangan kereta di Kedah itu, project team yang menjadi tulang belakang projek tersebut adalah juga dari golongan pembangun industri automotif tempatan. Mereka yang terdidik dan berpengalaman dari Proton dan Perodua, yang kononnya ingin melarikan diri dari budaya keagungan Jepun, telah melakar sesuatu di atas tanah Kedah. Kemudian, sebahagian staf dari Perodua dan Proton telah berhijrah ke sana untuk membantu apa yang ingin dikenali pada ketika itu sebagai projek kereta nasional yang ketiga, kalaulah isu AP dan Kak Dah tidak meletup sedikit masa dulu. Staf-staf yang dikenali sebagai 'Chief', 'Bob' dan beberapa rakan lain, tak putus-putus mengajak aku untuk berhijrah sama. Mudah bagi mereka. Mereka semua orang Kedah. Aku bukan.

Kemudian, setelah tempoh Semi Knocked-Down (SKD) dan Complete Knocked-Down (CKD) berlalu beberapa lama, NAZA mula membangunkan vendor-vendor tempatan, walaupun hampir kesemuanya bertunjangkan rakan kongsi dari Korea, kecuali vendor-vendor yang telah sedia ada untuk Proton dan Perodua.

Walaupun kedengaran jualan kereta-kereta yang dipasang oleh NAZA berkurangan, aku tak pernah mendengar rungutan dari kawan-kawan aku yang telah berhijrah ke sana. Mungkin kebajikan mereka terjaga rapi.

Selamat pulang pelayar yang agung. Berehatlah, anda telah bersara dari dunia ini...
[Takziah kepada ahli keluarga dan pekerja-pekerja yang menerima kebajikannya selama ini]
.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com