Thursday, May 1, 2008

SkeTsa: ... dan anda pun berfantasi

'Slruupppp!...slruupppp!..ahhh!'

'Slruppppp!...slruupppp! ..ahhhhhhh!'
Budak Cina berseluar pendek menjilat-jilat ais krim 'potong'. Segar, nyaman, terutamanya ketika cuaca panas terik macam ni. Makcik Wok toleh ke arah budak Cina. Kecur. Air liur membuak-buak. Terkumpul dalam mulut. Makcik Wok telan, 'gulp!', tapi kecur masih belum kurang.

"Eh, budak kecik. Mesti sedap ais krim tu kan?" Makcik Wok.
"Mestilah! Menjilat ais krim potong dengan perlahan-lahan sambil mengeluarkan bunyi 'slruupp' memang sedap. Terutamanya apabila ianya dijilat ketika cuaca panas terik semacam ini" budak Cina.

"Makcik nak rasa sikit, boleh?"
"Boleh. Tapi makcik dikenakan bayaran RM 1 untuk setiap jilatan"
Makcik Wok mengeluarkan RM 5 dari saku.
"Ini bermakna, makcik hanya boleh menjilat sebanyak...5 kali sahaja".
"Baiklah. Makcik setuju". Makcik Wok jelirkan lidahnya panjang-panjang. Hujung lidahnya menyentuh pangkal ais krim potong dan...

'Slruuupp!'. Satu!. 'Slruuuppppp!'. Dua! 'Slruuuppppp!'. Tiga!
'Slruuppppppppppppp!'. Empat!

"Baiklah, makcik hanya mempunyai 1 jilatan sahaja lagi".
Makcik Wok terkulat-kulat. Belum puas menjilat. Ais krim sedaaaaapp. Makcik Wok mencari akal. Makcik Wok melopongkan mulutnya, bibir tebalnya membentuk imej 'O'. Kemudian, Makcik Wok melaraskan ais krim potong agar sejajar dengan lopongannya. Lalu...

'Plop! plop! plop! ..... plop!'. Ahh.... Laju-laju dan 10 kali.

"Eh! Mengapa makcik buat begitu? Sepatutnya hanya satu jilatan sahaja!" budak Cina.

"Errr......Itu kira sekupang-sekupang............."

[ Dan anda pun berfantasi yang bukan-bukan ...].
.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com