Aku penat.
Hari minggu yang lawas tapi aku sibuk ke sana, ke sini.
Cari itu, cari ini. Beli itu, beli ini. Mama senyum panjang.
Bukan selalu shopping macam ni.
Kad kredit naik panas dek asyik kena gesel.
Wayar-wayar lampu dan kipas berjurai-jurai, sakit mata aku.
Dinding dengan warna yang kurang diperkenan, perlu ubah.
Wah! nasib baik lif dah boleh gerak.
Lampu kerubung dan lampu tudung saji, aku panggil.
Cat hijau, pink, biru dan kuning. Opps! purple...
Seharian aku tunggu, abang-abang tu yang buat.
Kami?
Duduk menunggu sambil sesekala tanya air, kalau mahu.
Kami?
Ke Sg Buloh, cari jerumun yang baik.
Kami?
Ke Sri Muda, cari unggun dan tungku yang elok.
Kami?
Kepala melayang pikir kos yang cair macam petrol Tok Lah.
Buat pertama kali, sore itu, rumah itu, kini hidup.
Buat pertama kali, rumah itu, sore itu, berwarna-warni.
Juraian ranting-ranting ditetas, yang lubang ditampal, diratakan.
Buat pertama kali juga, aku pandang, orang kain pandang aku.
Itu dari tingkat 3.
Buat pertama kali, kini aku pula ludah jiran aku di bawah!
Bukan selalu shopping macam ni.
Cari itu, cari ini. Beli itu, beli ini. Mama senyum panjang.
Hari minggu yang lawas, tapi aku sibuk ke sana, ke sini.
Aku penat.
.
No comments:
Post a Comment