Monday, July 21, 2008

Jalan2: Perhimpunan Gelap ....Kelam.

Jumaat lepas. Aku dapat message simple tapi berkesan dari Sam:

"apa kata malam ni kita adakan majlis yg dah berkurun tak dipraktikkan...
NGETEH... kat mana? - Shah Alam - Seri Bunga, Barjana, Hanz Corner, Megah Seafood @ ABC - Bangi - ada ke sesape nak ke sana??? :)
bila? - malam ni; 9:30PM onwards
agenda? - kerajaan, harga minyak, handphone, mohd saiful, DNA, ......
Jadi?"

Maka, berantaianlah sessi cemuh-mencemuh melalui media mayapada. Aku? Diam membisu. Biar dia orang tentukan.

M.Alwie: Apa pulak ada option venue – haritu kata nak buat kat bangi????
Korok : Kat bangi???...aku setuju...

Jawe : kita ngeteh nie dah sejak bertahun-tahun lamanye....kat alam megah...tetiba nak kat bangi pluk?!...Aku cadangkan selagi BN memerintah....rasanya tak yah tukar kot....

M.Alwie: Sheikh…paradigm shift !!!!! shah alam dah tak happening ler….banyak asap industri
Lagi pun haritu Sam dah janji nak buat kat bangi...

Jawe : Janji sebelum dan selepas pilihan raya sentiasa berubah....

Malam itu, kami (Dayak, Sam, Aku & Jawe) bertemu di bawah cahaya bulan, berhampiran pokok Serunai Laut dan palma merah. Muka masing-masing berbalam-balam disimbah api pelita minyak masak bersumbu terapung dalam gelas.



Dari satu topik ke satu topik, berlarutan sehingga jam 1 pagi, tapi kami baru selesaikan 3 agenda seperti yang dirancang. Bukan sebab perbalahan yang panjang. Bukan sebab kata putus yang sukar dicapai. Tapi, sebab banyak agenda selit-selitan yang tak dirancang masuk ke perhimpunan gelap ini. Contoh:
[postmortem] - kenapa jungle tracking 4x4 di Slim tak jadi.
[bajet perbekalan 2008] -percutian keluarga.
[isu semasa] - perbekalan ikan Siakap bakar.
[isu semasa] - kisah seram dari Johor dan Perak.
.
Selepas masing-masing menyedut dua gelas besar minuman panas, aku minta beransur sambil menyusun sepuluh jari...ampun, beribu-ribu ampun...maka aku tinggalkan majlis dalam gelap itu berlangsung...tak tau pukul berapa mereka bersurai. Selalunya, pukul 3am atau embun jantan mula menitis...mana satu yang sampai dahulu.
.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com