Monday, August 18, 2008

Jalan2: Malam penuh bahang

Malam Sabtu lalu. Aku dijanjikan dengan topik mengeteh yang berbahang oleh Mun.

Aku mencemar duli turun ke Bangi untuk join acara 'mengeteh' edisi Bangi. Atas saranan kawan, yang katanya menghormati sumpah bumi Kyoto, tak pasang aircond sepanjang jalan. Itulah permulaan perjalanan Malam Penuh Bahang...

Lebih bahang lagi, tak sangka setiap simpang di Bangi, hatta simpang untuk ke lorong kecik pun ada traffic light. Terhenjut-henjut kereta Sam sebab malas nak tukar gear dua sebab traffic light rapat sangat.

Sesatkah kami?
Cafe pertama yang aku masuk penuh dengan mergasTua malam yang hinggap untuk mengkuyukan mata yang penuh maskara. Emm..lagu-lagu era 70an dan 80an, termasuk dangdut lapuk menjadi soundtrack cerita-cerita kami. Suara perbincangan bersaing dengan suara lampau tune dari penyanyi-penyanyi karaoke yang tak bertauliah.

Kami pindah tempat lain.

Barulah sunyi sikit.

Brader sebelah tu, aku rasa bukan sebarang orang. Rambut di ketam kemas. Walau pakai T-shirt dan jeans, tapi aku sempat lirik dua-tiga kali kat kasut dia. Hitam dan berkilat. Tak macam orang mengeteh kat kedai mamak. Aku cuak juga, sebab topik malam tu memang berbahang. Mun dengan Korok buat-buat tak kesah, cakap kuat-kuat. Aku semakin cuak.




Topik malam tu:

1. Kita tak patut kutuk Petronas, sebab Mun kerja kat Petronas...
Siapa yang kutuk Petronas? Tak ada pun, hatta Anwar Ibrahim. Aku pun tak pasti, kenapa Mun utarakan masalah ni, siap dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang berkaitan arahan/saranan kerajaan ke atas Petronas yang dianggap 'senget' sikit. Tak ada orang kutuk Petronas, percayalah Mun. Orang cuma kutuk orang-orang yang menggunakan Petronas untuk politik masing-masing. Mun tetap dengan pendiriannya, kenapa kami selalu kutuk Petronas, walau kami kata kami tak kutuk pun Petronas.....tak ada...tapi Mun masih keluarkan hujah-hujah berbahang...

2. Hati Mun berbahang setiap kali berurusan dengan kakitangan kerajaan...
Berderai tawa kami. Maknanya, stereotype keatas kakitangan kerajaan masih benar, utuh dan betul sepanjang masa? Ya. Sia-sia je Pak Lah naikkan gaji tinggi-tinggi, hasilnya tetap sama. Union dia orang tak terfikir ke kalau gaji naik lebih, demand dan expectation dari rakyat pun lebih. Kalau tak ada perubahan, baik tak payah naikkan gaji, perabih beras je. Buat penat je kami bayar income tax, kalau dia orang masih herdik pelanggan.

3. Kenapa Bangi lebih bagus berbanding Shah Alam, oleh Mun...
Aku rasa, tu sebabnya Jawe tak dapat datang, sebab nak pertahankan prinsip bahawa Shah Alam lebih baik dari Bangi. Mun dan Korok kata, Shah Alam penuh dengan asap dan sinar-x dari kilang-kilang keluli. Aku rasa, angin monsun bertiup dari Shah Alam ke Bangi, bawak sama asap dan debu. Sama je.

4. Laporan 'operasi risik' oleh Korok pasal politik untuk 3 bulan akan datang...
Classified.
Hanya yang datang je yang tau. Aku pun rasa cuak dengan brader yang duduk kat meja sebelah tu...

5. Golf dan badminton...
Hobi terbaru orang-orang Bangi, agaknya.
Tapi aku dan Sam masih berpegang kepada tradisi lama... bowling dan snooker. Sam akan anjurkan perlawanan bowling bersaudara pada salah satu malam sebelum Bulan Puasa.

Destinasi dan lokasi mengeteh akan datang belum diputuskan lagi...





.

Tuesday, August 12, 2008

Jalan2: Layang-layang putus tali

Pagi. Aku duduk. Sambil minum teh tarik separuh gelas. Tapi harga tak separuh.

Ah Pin: Itu minyak sudah turun. Apsal harga mee goreng tak turun?
Rama : Oooo...itu cuaca la....
Ah Pin: Apsal dengan cuaca?
Rama : Sekejap panas, sekejap hujan. Sayur banyak naik.
Ah Pin: Lagi?
Rama : Itu telur ayam naik.
Ah Pin: Lagi?
Rama : Itu daging juga naik.
Ah Pin: Lagi?
Rama : Itu mee juga naik.
Ah Pin: Apsal semua naik?
Rama : Sebab lori punya kos sudah naik. Itu diesel sudah naik.

Ah Pin: Tapi minyak sudah turun. Apsal harga mee goreng tak turun?
Rama : Ooooo...itu cuaca la....
Bla bla bla...

Kalau dah naik, susah nak turun balik.
Aku. Duduk. Sambil mendengar pertanyaan dan jawapan yang bertali arus.
.

Sunday, August 10, 2008

SusTra: Siapakah puteri misteri itu?

PUTERI JIWA
[10/8/2008]

Kepinginnya aku, menguliti hatimu yang mulus itu
Dengan jari-jariku yang kasar dan kotor ini
Dan pabila kulihat telunjukmu mengusapi bibirmu
Senyum penuh goda dan lesung pipit yang membenam jauh
Langsung terkapar aku dalam lubuk itu, lemas aku di dasarnya

Puteri jiwaku yang satu ini
Meruntun sayu dinihariku yang sunyi
Walau jauh namun mendasari mimpi
Hembusan nafasnya laksana kasturi
Kusambut, kujadikan hirupan pagi

Puteri hati penuh misteri
Tubuhnya hanya wujud dalam mimpi
Jangan kejutkan aku dari tidur ini
Kerana rindu padanya aku bisa mati

[Hakcipta: Nizam.Ariff]

{Mama jenguk dari belakang, dia baca dalam senyap-senyap
"Hah, mimpi-rindu-mimpi-rindu... sape pulak ni"
Aku diamkan je...nama pun puteri misteri.....}
.

Thursday, August 7, 2008

Jalan2: Pintu berkunci dan terkunci

Arrggghhh....

Sebaik-baik aku tutup semula pintu utama rumah baru tu, aku tergerak nak buka balik. Alih-alih, dah tak boleh bukak. Tombol boleh pusing tapi pin dia tak bergerak. Pintu terkunci.

Aku dah tau kelmarin lagi. Lubang kunci pada tombol luar dah terperosok dekat setengah inci ke dalam. Dah longgar. Tapi masih boleh guna anak kunci dan masih boleh buka pintu rumah tu.

Bila masuk saja ke dalam rumah, pertama sekali ialah nak baiki mana-mana yang longgar pada kunci tu. Aku pun tanggalkan segala-galanya dari daun pintu dengan bantuan pemutar skru dan tangan-tangan gebu Mama. Aku belek-belek. Aku ketatkan mana yang longgar.

Kemudian, aku belek pula lubang anak kunci pada tombol bahagian luar yang terperosok setengah inci ke dalam. Aku dapati ia bukan longgar, tapi inner housing dia dah pecah. Dah tak boleh buat apa-apa lagi. Tapi, bila aku pusing tombol tu, semua mechanism boleh berfungsi, kecuali tak boleh kunci. Loose... Nak tukar, mana ada kedai hardware bukak pukul 10.30 malam.

Aku pun masukkan semuanya balik ke daun pintu. Dan mula arahkan semuanya keluar, untuk beredar pulang ke rumah lama. Tapi,aku kurang pasti sama ada aku masukkan shifting mechanism tu ngam-ngam dengan dia punya slot key pin atau tak. Aku tak pasti.

Sebaik-baik aku tutup semula pintu utama rumah baru tu, aku tergerak nak buka balik.
Alih-alih, dah tak boleh bukak. Tombol boleh pusing tapi pin dia tak bergerak. Pintu terkunci.

Arrrgghhhhhh....
.

Wednesday, August 6, 2008

FiQir: Kerusi lama, kerusi baru...

Dulu.
Masa kat opis lama, aku selalu merungut sebab spring kerusi aku tu agak lembut. Asyik la aku terdongak ke belakang. Untuk compensate dongakan 105 degree tu, aku gunakan otot-otot pinggang aku untuk menolak badan ke depan. Setelah agak lama, pinggang selalu sakit.

Akhirnya, aku dapat songlap satu kerusi yang agak teguh binaannya, daripada orang yang dah resigned. Barulah lega pinggang aku. Ada keserasian. Aku dan kerusi aku tak dapat dipisahkan. Kalau ada meeting/discussion, aku sanggup tarik kerusi teguh aku tu daripada duduk kerusi-kerusi lembut yang lain. Sepanjang walkaway pejabat sepanjang 25meter tu, aku seret kerusi. Bunyi seretan roda kerusi tu mampu menenggelamkan sumpah-seranah office-mates kerana bising.

Lepas 7 tahun duduk atas kerusi tu, aku ditukarkan ke office lain, department lain. Aku risau. Macam mana dengan kerusi di sana? Boleh ke aku angkut sekali kerusi tu?
"TAK BOLEH! Jangan nak gatal usung sana usung sini, apa kau ingat bohsia ke?" Akak kerani tu bagi amaran awal.

Aku pun pindah dengan hati yang gundah dan sedih, meninggalkan kerusi lama aku.

Di office baru, tempat baru. Seperti jangkaan, kerusi kat sana semua lembut-lembut. Walau pun meja dan PC "...dah sedia diformatkan untuk awak" kata kakak kerani di situ.

Aku melingas mencari kerusi yang lebih teguh. Akhir, aku dapat satu kerusi yang fix. Tak ada spring langsung. Walau pun kerusi lama (tu sebab aku jumpa kat bawah tangga) tapi sesuai untuk berat badan dan pinggang aku. Malah, kerusi yang ini lebih baik dari yang dulu. Laksana, dah dapat gading bertuah tanduk pun tak berguna lagi. Aku pun duduk selesa...selama 4 tahun.

Sekarang, aku kena pindah department lain pulak. Aku mula risau, aku mula fikirkan balik pasal kerusi. Adakah lebih baik atau lebih buruk..?

Kerusi oh kerusi....
.

Monday, August 4, 2008

FiQir: Ulasan buku karangan Ana Faqir...

Terbaru.
Paku Payung ajak pegi PKNS, sabtu lepas. Ada pameran buku, katanya.
Tengahari tu. Kami pun pegi.

Paku Payung sambar 3 buah buku (3-Rm10) terus, tanpa menoleh lagi. Tanpa pergi ke gerai yang lain. Suka hati dia. Terpancar dari wajah gebu dia. Gerai yang kedua, dia sambar 2 buah buku lagi. Aku kata, bila dia nak baca? Pada hal, ada ujian minggu ni. Dia kata, masa transit kat nursery nanti, dia bacalah untuk ujian. Hmm... last minute, kecik-kecik lagi dah pandai last minute study. Macam akukah dulu? Mama mencemik bibir sambil mengerling ke arah lain.

Kemudian.
Aku terpandang sebuah buku karangan Ana Faqir.
Dulu. Aku pernah dengar nama Ana Faqir. Dulu. Tapi aku lupa kat mana.
Aku belek-belek buku dia yang bertajuk " Menyingkap Misteri Pulau Besar"
Dia kata, dia ambik masa bertahun-tahun untuk tulis buku tu. Dicetak Feb 2008.

Buku itu menyingkap tentang misteri kubur panjang di Pulau Besar ,Melaka. Siapa sebenarnya dan apa kaitan dengan Melaka dan perjuangan Sufism.

Yang menariknya, Ana Faqir bukan sekadar bercerita tentang Pulau Besar sahaja. Dia kupas sejarah semenjak zaman Khalifah Ar-rashidin sehingga ke kebangkitan Islam di Nusantara, sekitar abad ke 18. Jadi, Ana Faqir menceritakan kisah misteri Pulau Besar itu sebelum dan selepasnya. Dia berpendapat, kubur panjang itu kepunyaan Wali Lanang. Siapakah Wali Lanang? Anda kena dapatkan buku itu.

Dan juga, Ana Faqir menceritakan kisah misteri itu bukan seperti Mastika atau Variasari. Tidak. Buku itu boleh dianggap dibuat secara kajian ilmiah, kerana ada berbelas-belas rujukan, tak termasuk internet.

Bacalah. Ada manfaatnya. Sekurang-kurangnya, kita dapat tahu kaitan kubur panjang itu dengan kesultanan Melaka dan Wali Songo di Indonesia.
.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com