Terbaru.
Paku Payung ajak pegi PKNS, sabtu lepas. Ada pameran buku, katanya.
Tengahari tu. Kami pun pegi.
Paku Payung sambar 3 buah buku (3-Rm10) terus, tanpa menoleh lagi. Tanpa pergi ke gerai yang lain. Suka hati dia. Terpancar dari wajah gebu dia. Gerai yang kedua, dia sambar 2 buah buku lagi. Aku kata, bila dia nak baca? Pada hal, ada ujian minggu ni. Dia kata, masa transit kat nursery nanti, dia bacalah untuk ujian. Hmm... last minute, kecik-kecik lagi dah pandai last minute study. Macam akukah dulu? Mama mencemik bibir sambil mengerling ke arah lain.
Kemudian.
Aku terpandang sebuah buku karangan Ana Faqir.
Dulu. Aku pernah dengar nama Ana Faqir. Dulu. Tapi aku lupa kat mana.
Aku belek-belek buku dia yang bertajuk " Menyingkap Misteri Pulau Besar"
Dia kata, dia ambik masa bertahun-tahun untuk tulis buku tu. Dicetak Feb 2008.
Buku itu menyingkap tentang misteri kubur panjang di Pulau Besar ,Melaka. Siapa sebenarnya dan apa kaitan dengan Melaka dan perjuangan Sufism.
Yang menariknya, Ana Faqir bukan sekadar bercerita tentang Pulau Besar sahaja. Dia kupas sejarah semenjak zaman Khalifah Ar-rashidin sehingga ke kebangkitan Islam di Nusantara, sekitar abad ke 18. Jadi, Ana Faqir menceritakan kisah misteri Pulau Besar itu sebelum dan selepasnya. Dia berpendapat, kubur panjang itu kepunyaan Wali Lanang. Siapakah Wali Lanang? Anda kena dapatkan buku itu.
Dan juga, Ana Faqir menceritakan kisah misteri itu bukan seperti Mastika atau Variasari. Tidak. Buku itu boleh dianggap dibuat secara kajian ilmiah, kerana ada berbelas-belas rujukan, tak termasuk internet.
Bacalah. Ada manfaatnya. Sekurang-kurangnya, kita dapat tahu kaitan kubur panjang itu dengan kesultanan Melaka dan Wali Songo di Indonesia.
.
5 comments:
Tuan Nizam Ariff,
Tumpang lalu dan mencatat sedikit seputar buku yang tuan rebiu.
Saya membelek buku berkaitan Pulau Besar ini beberapa kali di beberapa buah kedai buku.
Tidak dapat dinafikan, banyak fakta yang ditampil berkenaan sejarah kubur-kubur di Pulau Besar.
Namun begitu isu pokok yang cuba disampaikan ialah berkaitan wujudnya kepercayaan tentang adanya karamah pada kubur tersebut.
Hal ini bertentangan dengan akidah Islam. Sedangkan kubur nabi dan para sahabat, ulama melarang keras berdoa atau berhajat di sana. Inikah pula kuburan yang lain.
Agama menuntut kita yang hidup agar mendoakan orang Islam yang sudah meninggal. Bukan yang hidup memohon doa atau perantara kubur.
Oleh yang demikian itu, naskah ini tidak wajar diterbitkan.
salam ya sahabat,
Buku ini hendaklah dibaca dan dikaji dan dihayati . Janganlah setakat dibelek-belek je. Keraguan sahabat itu telah diperjelaskan dalam bab Tawasul. Dalam tradisi disiplin ilmu Islam, sebarang penafian hendaklah disertai dengan dalil dan hujjah. Sila datangkan dalil bagi membantu menguatkan pendapat sahabat tu. " Ikhtilaf fi ummati rahmatun " demikian sabda Nabi s.a.w
Kepada ikatkata dan safuan,
Dua dua pendapat saudara itu ada benarnya. Perkara ini seperti mengikat benang yang halus.
kalau ditarik lebih sikit pasti akan putus.
salm...
saya nak tanya dekat mana nak cari buku ni kat melaka??????
mfaiq,
maaflah, aku pun tak tau kat mana sebab aku beli buku tu di Shah Alam.
Kebanyakkan kedai buku yang jual buku-buku keagamaan ada buku ini rasa-rasanya.
Post a Comment