Wednesday, August 6, 2008

FiQir: Kerusi lama, kerusi baru...

Dulu.
Masa kat opis lama, aku selalu merungut sebab spring kerusi aku tu agak lembut. Asyik la aku terdongak ke belakang. Untuk compensate dongakan 105 degree tu, aku gunakan otot-otot pinggang aku untuk menolak badan ke depan. Setelah agak lama, pinggang selalu sakit.

Akhirnya, aku dapat songlap satu kerusi yang agak teguh binaannya, daripada orang yang dah resigned. Barulah lega pinggang aku. Ada keserasian. Aku dan kerusi aku tak dapat dipisahkan. Kalau ada meeting/discussion, aku sanggup tarik kerusi teguh aku tu daripada duduk kerusi-kerusi lembut yang lain. Sepanjang walkaway pejabat sepanjang 25meter tu, aku seret kerusi. Bunyi seretan roda kerusi tu mampu menenggelamkan sumpah-seranah office-mates kerana bising.

Lepas 7 tahun duduk atas kerusi tu, aku ditukarkan ke office lain, department lain. Aku risau. Macam mana dengan kerusi di sana? Boleh ke aku angkut sekali kerusi tu?
"TAK BOLEH! Jangan nak gatal usung sana usung sini, apa kau ingat bohsia ke?" Akak kerani tu bagi amaran awal.

Aku pun pindah dengan hati yang gundah dan sedih, meninggalkan kerusi lama aku.

Di office baru, tempat baru. Seperti jangkaan, kerusi kat sana semua lembut-lembut. Walau pun meja dan PC "...dah sedia diformatkan untuk awak" kata kakak kerani di situ.

Aku melingas mencari kerusi yang lebih teguh. Akhir, aku dapat satu kerusi yang fix. Tak ada spring langsung. Walau pun kerusi lama (tu sebab aku jumpa kat bawah tangga) tapi sesuai untuk berat badan dan pinggang aku. Malah, kerusi yang ini lebih baik dari yang dulu. Laksana, dah dapat gading bertuah tanduk pun tak berguna lagi. Aku pun duduk selesa...selama 4 tahun.

Sekarang, aku kena pindah department lain pulak. Aku mula risau, aku mula fikirkan balik pasal kerusi. Adakah lebih baik atau lebih buruk..?

Kerusi oh kerusi....
.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com