Sunyi.
Ini. Dalam sini.
Hati.
Pagi kelmarin.
Selesai berjumpa dengan doktor di DEMC, aku terima sms dari abang sulong. Katanya, kakak Rahimah (kakak tiri) kritikal dan berada di rumahnya di Trolak Utara. Lepas zohor, terus ambik Mama dan Paku Payung. Tinggal pesan kepada ustazah, Paku Payung tak dapat datang sekolah KAFA petang tu. Ada hal emergency. Kami redah hujan sepanjang jalan dari S. Alam, hingga ke Tg. Malim baru hujan bersidang. Susup-sasap kami ikut jalan lama Tg. Malim - Bidor. Akhirnya, pukul 3.30pm dua orang abang aku dah pun ada. Lepas 1/2 jam, abang dan kakak sampai lagi.
Yang perempuan pun bersembanglah dengan yang perempuan, dan yang lelaki pun berkumpul dengan kaum lelaki. Sambil makan kuih raya, topik berkisar tentang penjagaan kesihatan, bermula dengan ma'ajun, kemudian misai kucing, kemudian hempedu bumi, lepas tu daum ketum dan akhirnya buah tunjuk langit. Abang ipar tiri (tuan rumah) bagi sampel buah tunjuk langit. Dia kata, kat utara, pokok ni banyak di tanam di tepi jalan. Aku kemam sikit buah tu. Pahiiitttt....tapi, dikatakan bagus untuk kencing manis. Aku tak ada kencing manis...
Petang semalam.
Semasa meeting, aku terima lagi satu sms dari kampung. Kata abang aku, Abang Manaf Khamis, jiran sebelah rumah dah meninggal dunia, sakit dalam perut. Aku tanya, sakit perut macam mana, kanser? Abang aku kata entah. Aku terus teringat kan abang tu. Dia kuat beragama. Hari Raya lepas, dia nampaknya OK je, kata kawan kampung aku.
Aku teringat abang Manaf sebab masa ayah meninggal bulan May 2007, dialah yang menguruskan mandi hingga ke kafan. Malah, dia antara orang yang mencium dahi arwah ayah sebelum menutup kain kafan. Aku ingat ciuman tu sebab cuma 3 orang abang aku je yang cium. Aku pun tak cium dahi ayah. Tapi, dia cium. Aku ingat lagi, lepas dia ikat kafan tu, aku tanya Abang Manaf, agak-agaknya roh ayah aku kat mana sekarang dan dia buat apa? Dia jawab:
"Jasad dia je yang mati, roh dia ada di sini. Amalan dia yang menjaganya"
Aku ingat itu. Dan aku lebih ingat bila dapat tau Abang Manaf juga dah meninggal.
Malam tadi.
Selepas Maghrib. Aku sedekahkan serumpun Al-Fatihah dan tahlil ringkas kepada mereka, yakni arwah ayah, arwah Abang Manaf dan arwah Mak Eton (meninggal pada May 2008, juga jiran kami, sebelah rumah Abang Manaf).
Aku tak puas hati lagi. Aku baca Yaasin. Aku sedekahnya kepada mereka. Aku baca doa untuk kesejahteraan arwah-arwah banyak-banyak. Aku ulang banyak-banyak, mungkin berpuluh kali...aku tak kira pulak.
'Allahu Maghfirlahum, warhamhum, wa ngafihi, waghfu anhum'
Sambil aku berdoa, wajah-wajah mereka silih berganti terpapar di mata hati. Setitis air menitik ke riba, membuatkan aku tersedar dan berhenti berdoa. Dan aku tak tau berapa puluh kali.
Ya. Kalau kita yang hidup ini tidak berdoa untuk mereka, siapa lagi?
Aku rasa, sunyi hati aku dah terjawab cukup setakat ni.
Cukuplah untuk tahun ini. Amin.
.
2 comments:
hey. saya ke DEMC juga. hari isnin lepas. ubat di sana mujarab juga.
niways, salam takziah.
Ye ke?
Tapi aku pegi hari Selasa.
Jadi,bak kata org tua-tua, kita selisih bau je la...
Petang ni (Jumaat) 4pm, aku pegi DEMC lagi...buat physio-teraphy pulak.
Thanx for the Takziah.
Post a Comment