Saturday, March 28, 2009

Berikan saya saf yang padu...

Di belantara itu
kotemporari besi dan batu
hasil tukang si pandai besi dan pandai batu.
Hutan-hutan hujan berdaun cermin-kaca silau,
di tepian sungai yang tohor dan kotor,
tempat sang kodok cemplungkan diri dan mandi,
itu layaknya.

Renyai dengan gelak ketawa,
lumpur hanyut bawa dosa
dan hanyir dari hulunya,
semerbak bau busuk menyelinap
di celah-celah ukir kayu dan besi,
masuk ke dalam bangunan tersohor itu.

Tempat si puteh dan si merah bertemu.
Tempat si pendek dan si gemuk bertemu.
Tempat si pelalut dunia kolot mencabut keris
dan berdegar-degar menyatakan Melayu ini dan Melayu itu...

"Berikan saya saf yang padu....!"



Tak jauh dari situ, busuknya sama,
adunannya tentu serupa.
Hanyir bau arak dan biji-biji khayal,
dusta dunia melayani habuannya.

".. yeah ... gimme your 'solid shaft' bro... "

Uweekkk!
Kedua-duanya sama. Busuk dan hanyir.
Yang keluar dari atas dan dari bawah.


Si bodoh tercongok,
di atas batang-batang buruk,
hodoh dan busuk....



.

22 comments:

ckLah @xiiinam said...

Aku baca sekali lau...aku tak faham.
Nanti sat naa...aku nak menghayati dulu...nak analisis unsur-unsur hiperbolanya, metaforanya,personifikasinya, similenya, mesejnya, naratifnya ...dah faham baru aku komen...

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Takpe, eja perlahan-lahan, nanti jumpa la teras makna, sari cerita...

Lily Abdullah said...

Rasanya faham juga.Baca lagi tak berapa nak 'tangkap'pulak.

Akak buat pesepsi sendirilah ye. Rasanya ko tulis pasal perhimpunan parti cap keris kan?

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Permintaan terbuka oleh pemimpin tertinggi itu boleh disalah-ertikan dalam maksud lain.. hehehe

ASH said...

Bro,
Yang ANCHOR BEER tu mungkin le tak sama dengan SAF PADU!
ha ha ha..
tapi mungkin juga ada PERSAMAANNYA..

'KERAS' bunyi dencingan 'KERIS' ko bro..

ASH said...
This comment has been removed by the author.
ASH said...

1)Pemimpin minta saf yang padu - pengarang rasa LOYA dan LUGAI sebab yang bercakap tu tak cermin diri dulu macam orang mabuk bercakap!

2)Seseorang minta SHAFT yang KERAS dan PADU di KELAB MALAM - pengarang tetap rasa LOYA dan LUGAI sebab yang meminta tu memang dah mabuk dan yang diminta tu pun memabukkan..

Jadi ada persamaan antara dua situasi..

ha ha ha..

dahsyat ko bro..
ni aku punya AGAKAN jer ler..
apa yang aku rasa engko nak bagitau..

smile

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Keris je dijulang tapi tak pernah tusuk orang pun. Pergi le tusuk org-org yang kaki mabuk kuasa dan kaki mabuk rasuah tu, kalau betul bagai dikata...Tu belum cerita yang kaki mabuk pompuan, asyik ikut nafsu 'shaft' dia je...dan tetiba tok ketua dia minta lagi 'shaft' yang padu... hahahaha

Bab muntah loya tu memang betul...

ckLah @xiiinam said...

Errrr...aku rasa aku faham...
tapi...
bak kata Dato' Siti...
Errr...Siti No Komen.



Muehehe...

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Hehehehe...hiburan hujung minggu...

ibundo said...

haha.. hiburan. lalala....

aku malas nak komen. kalau tak suka sesuatu kita boleh tunjukkan dengan berbagai cara:
-hentam balik dengan kata-kata
-pi bergaduh
-berdiam

aku pilih yang terakhir. sebab tu no komen hahahaa...

aza ni said...

apakah ini pandangan yang tertanam di dalam hati seorang cintakan Melayu, yang inginkan perubahan drastik untuk memertabatkan kembali bangsa tercintanya,apakah ini yang yang terlahir dari lubuh hati seorang yang mahu menegakkan PRINSIP "KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN", 'APA DIKATA DIKOTA',kalau benarlah seperti disangka, MAKA SYABAS saudaraku Nizam.Bangsa kita semakin alpa, Ingatkan bumi dipijak diwarisi sampai ke mati. Apa esok jawapan nanti , pada anak cucu sendiri, jadi penghuni danga yang sepi , nun jauh terperuk tanpa jatidiri,Hidup di tanah sendiri tapi dijajahi.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Betul kak, sekadar hiburan hujung minggu. Dia orang cakap berdetap-detup, berhari-hari lamanya... Seronok tengok keletah mereka. Itulah hiburan hujung minggu... hahaha

Azani,
Tapi, aku tak mengundi. Aku tak daftar pun sebagai pengundi. Aku nak menjadi orang yang dipimpin. Kalau semua orang nak jadi pemimpin, sipapa pulak yang nak dipimpin? Dan bila semua nak jadi ketua, mulalah tipu sana-tipu sini, mulalah sue sana- sue sini, mulalah hulur sana-hulur sini. Semuanya ingat macam bagus sangat.

Mereka kata nak jadi pemimpin yang membawa bangsa ke satu era pembaharuan, tapi dalam masa yang sama dia orang kata mereka adalah hamba kepada rakyat. Mana boleh jadi ketua dan hamba untuk rakyat sekaligus. Aku konfius. Kesimpulannya, semua tu cuma hiburan hujung minggu... kita terhibur dengan keletah mereka.. hahaha... dan kita pun ketawa... HAHAHAHAHA

addyaholix said...

tulisan kamu bagus bang.
cuma kadang-kadang akal cetek aku tak mampu nak faham. haha!

kamu tulis tentang kota ke bang?

Nizam.Ariff said...

Addy,
Tentang kota cap sang harimau berjuang, taring tajam tapi tak pernah guna... hehehe

tasekM said...

presidem baru tu... asal dia bercakap aku rasa nk muntah... asal dia bercakap aku rasa nk muntah. kenapa ntah lah!

2.14 am menjawab komen? pesen burung hantu nih...! he he.


.

aza ni said...

Itu tandanya kena badi altantooya tu, kalau takpun dah masuk bulan keempat, dah di check oleh doktor ke belum, ye la manala tahu, masa tu ulangtayang Presiden berucap di pagi hari di astro atau TV3, coincidence je kau loya masa dia berucap, padahal morning sickness. Tapi kalau tak sah kena badi altan,jumpa Harun Din kat Bangi, minta air. InsyaAllah.

aza ni said...

Brother Nizam..(cheh macam Anwar lak)Hak mengundi adalah hak anda, samada anda merterjemahkan tanggungjawab anda dalam undian atau tidak, itu juga hak anda. Tapi sekiranya majoriti yang mengundi memilih pemimpin yang kita tidak sukai, apa pula hak kita untuk menidakkan hasil undian tersebut.Hakikatnya majoriti wins, majoriti telah mengundi dan memilih indirectly PM, kerana parti yang terbesar memenangi kerusi di Parlimen, ketua parti berhak menjadi PM dengan syarat Agung bersetuju.Hak kita bukanlah mengundi PM atau mengundi Agong atau mengundi Menteri sekalipun, hak kita dalah mengundi calon yang kita percaya untuk mewakili kawasan kita baik di Parlimen mahupun negeri.Kalau tidak percaya calon tersebut, jangan kita undi, kalau kesemua calon tidak kita percaya jangan mengundi.Tapi apabila keputusan undian sudah termaktub dan calon yang tidak di dipercayai menang, kita nak salahkan siapa, yang mengundia atau yang tak mengundi.Walaupun satu undi takkan membawa kesan menyeluruh pada keputusan, tapi satu undi itu adalah hak kita yang diperlembagakan. Bukan baring di depan kereta RM Perak, bukan berarak bawa sepanduk. Kalau berarak bawak sepanduk itu hak kita kenapa ada Akta yang mencegahnya, kena minta permit pula, maksudnya bukan hak kita lah.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kita sama le, aku pun macam nak termuntah...hehehe

Azani,
Apa yang kamu cakap tu betul. Apa yang kawan aku cakap pun betul juga. Kawan aku cakap macam ni:

Salah satu sifat diktator macam si Hitler tu, berpendapat dalam hal kepimpinan, macam ni:

Kalau ada 90 idiots dan 10 good men, secara demokrasinya, the idiots will win dan the idiots akan memimpin semua orang termasuk yang bagus. Persoalannya, kalau kita dah tahu 10 orang tu bagus, kenapa tak pilih saja 10 orang tu. Dan semua orang akan dipimpin oleh 10 orang yang bagus tu?

Ada betulnya... tapi tu terlalu ekstrem bagi aku...

aza ni said...

Brother Nizam.
Memang setiap manusia berbagai ragam.Kalau dari 100, 99 jalan kebelakang, 1 jalan kehadapan, apakah yang kebelakang itu salah, atau yang ke hadapan itu benar?Persoalan benar atau salah tak timbul di sini, sekiranya sistem mementingkan jumlah suara terbesar.Inilah masalah demokrasi.Satu idea cetusan manusia yang lemah.Jumlah suara tidak menunjukkan yang terbaik, Suara yang ramai boleh dimanipulasikan.Balik kepada konteks siasah pemerintahan secara Islam, syura adalah yang terbaik.Tetapi selagi perlembagaan kita berteraskan British, selagi itulah konsep syura tak dapat diamalkan seperti apa yang dilakukan di Iran.Bukan bermaksud saya pro Iran atau Syiah. Pokok pangkalnya saudara Nizam buatlah keputusan tersendiri dan bertahanlah.Suatu hari kebenaran pasti menjelma.Setiap kita akan di pertanggungjawabkan dengan apa yang kita lakukan, juga atas perlakuan mereka yang di pertanggungjawabkan pada kita.Lagi tinggi hairaki kita lagi besar kehendak tanngungjawab yang perlu dipenuhi.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku takut untuk dipertanggungjawabkan... jadi, aku berlepas diri darinya, uzlah lah aku ke 'gua', menyisih diri, meniti senja... hehehe

Anonymous said...

aku mengerti maksudmu :)
acidmyself@gmail.com

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com