Dah beberapa hari, angin Man RELA tak berapa baik. Minah Jeran perasan, dia tahu. Dah beberapa hari juga mereka berdua tidak solat berjemaah seperti selalu.
Dah beberapa hari juga, Man RELA selalu pulang lewat, tak seperti selalunya, pukul 6 petang dan tertegul di depan pintu. Dah beberapa juga, mereka berdua kurang berborak berjenaka seperti selalu.
Akhirnya, Minah Jeran beralah. Dia tahu, beralah bukan kalah. Petang itu, Minah Jeran kukur kelapa sebiji. Dia nak masak gulai. Dia bakar petai padi sepapan untuk dijadikan ulam cicah cencalok. Semuanya adalah makanan kegemaran suaminya.
Dia ingat pesan ustazah, bukan susah nak jaga laki. Jaga perut dan anunya je, pasti semua ditanggung beres.
Petang itu, juga seperti beberapa hari sebelum ini, tak banyak perkataan dia ucapkan kepada isterinya. Namun ketika Man RELA baru mengangkat kedua-dua tangannya untuk takbiratulihram, Minah Jeran keluar dari bilik air terkocoh-kocoh.
"Tunggu le kita kejap!"
Man RELA menoleh. Dia tak jadi angkat takbir. Sebaliknya, dia rapatkan kedua tapak tangannya dengan ceria.
"ALHAMDULILLAH !!!"
.
16 comments:
he he he..aku first lagi!
ohhhh..
padan le BERSASTERA!!
gaduh ngan bini!!
Alangkan lidah lagi tergigit..(sambung sambung...)
huh..second pun okay la hahaha!
Ashley, sup lidah sdap tak? (sambung sambung..)
ps:Tasek ko nak cakap apa?
Kak Pah g tesco lagi ke hari ni?
Water Lily..
aku suruh sambung pantun daa..
bukan suruh makan makan..
alahai... aku no 3 la. aku br balik jusco. kak pah sure blom balik tesco tu. silap2 dia pergi giant pulak. ha ha.
aku nak nyanyi.
'terbang lah burung terbanggggg....'
hahahahaha.....
apa barang sup lidah... kopok lekor lagi sedap. wahahahaha.... (sambung sambung....)
eh! perasan tak. blog dia nih pompuan je ramai mengomen. aku syak kita ni dah kena minyak senyonyong nih... ha ha.
.
ooo.. nk kena sambung pantun ke ashley. ni kak lily la ni dh buat silap. hahahaha...
.
Aku rasa Nizam punya makwe check account dia ni..
tu yang jadi angin MOnsun tropika ..barat daya..lintang pukang tu.
Korang jangan...
aku tak BERTANGGUNGJAWAB dalam apajua kes tauuuuuuu
Weh,aku tak tau pantun,aku nak sambung makan ja...hahahah!
Nasib ko la Nizam, dapat kawan2 blogger yang " sowel" macam kami ni haha!
ashley, aku pulak syak dak nizam ni dah nk menopause nih. hormon turun naik. tu la hangin tak berapa stabil. ha ha.
kak pah... ooo kak pah... tak balik tesco lagi ke weh...? ha ha.
kak lily, pompuan dh kawen je yg sewel nih... ai anak dara! hahahaha...
.
weh... korang dah masuk dulu. Apekebenda yang korang cakap ni.
Sup? Baru semalam aku makan sup ekor kat restoren sup ani utara.
Si nizam ni cerita pasal sup ke. Nanti kejap aku cek balik.
.
.
Ei.. bukanlah korang. Dia cerita dia tengah nak sembahyang tapi kena batalkan sembahyang sebab bini dia keluar bilik air tak pakai dot..dot.
Terus batal air wuduk. wakaka....
.
.
Tasik merah.. ko suka kopok lekor?...wakaka..mana kelas.
kak pah.... dikau sungguh suci kak. ashley tu aku rasa tak berapa nk suci. kak lily lg la tak suci. hahahaha... aku? bapak segala suci ok! hahahaha....
tapi kan. dalam suci2 kak pah tu.... paham pulak dia kopok lekor tak kelas. hahahaha....
abih tu kalau kopok lekor tak kelas. telur setengah masak kelas tak kak pah?
wahahahahaha.... dh nk jd langsuir dh aku nih... haih~
.
Tasik, telur separuh masak tu memang breakfasat aku hari-hari.. haha..
kau jangan cabar akak...
.
.
nizam ni balik kampung ke. senyap je rumah dia ni. takkan tak de kopi secawan.
Oooo... mentang-mentang aku balik kampung, siap sembang pasal sup lidah, kropok lekor, telur... eee geli ai.. hahaha.
Pertama:
Itu sketsa la. Mana ada kena mengena dgn aku. Tempias cuma sikit je, tu pun bukan pasal gigit-gigit lidah (Ashley) atau burung terbang (TM), kropok lekor (TM - eh, sejak hari tu lagi TM asyik cakap kropok lekor, hari hari ke dia makan keropok lekor tu? hahahah) dan bukan sebab tak pakai dot dot (Kakpah oiii..) .. hahaha
Kedua:
Tu le, aku ajak bergurindam jawe sama-sama tak nak. Bila aku tulis sketsa ni, ke lain pulak peginya...haih.
Aku nak cerita pun serba salah, sebab pasal pompuan. Tak pe la, oleh kerana semua dah ngaku 'sewel' aku terangkan pasal sketsa tu.
Bini dia PERIOD, ofcourse la tak leh sembahyang! Dan ofcourse le Man RELA asyik mengkal tak tentu pasal sebab dah lewati malam Jumaat. Taaaapi, petang semalam, bini dia dah boleh sembahyang... apa lagi... ALHAMDULILLAH le, buleh buat pahala sama-sama... buleh 'bunuh orang kafir' tiap-tiap malam....... hahahahah.
Nizam,
Yelah..aku faham ianya sekadar sketsa..
tapi pastinya ia bersandarkan pada satu kehidupan sebenar yang cuba diluahkan dalam bentuk sketsa..
he he he..
(Tak yah COVER LINE LE..akak akak kat sini OTAI belaka, Nizam wehhh....selamat membunuh 'syaitan'..bertarunglah engkau!!ha ha ha)
Ashley,
Jom le kita pakat 'bunuh setan' malam ni... berjemaah tu kan ke elok, pahala banyak.... HAHAHHAHA
oooo... bulih bunuh setan yek. pasal apa aku tak tau nih...? ha ha.
bang, depan mastan ghani tu the store betul tak? he he.
.
TM,
Tak tau tak pe. Yang penting 'perbuatan' kamu itu tetap dapat membunuh setan.
Bangunan tu fajar, supermarket dia the Store....apasal la aku tak perasan nih...ish.
Post a Comment