Saturday, April 18, 2009

Teknik puisi mee segera / ekspresso

Puisi lahir dari hati, dari rasa, dari fikir, dari marah, dari senyum, dari tangis, dari tawa, dari ilmu, dari tak tau, dari terang, dari kelam, dari kekaburan, dari kesamaran...

Jadi, kalau ada alasan yang mengatakan sukar untuk menulis puisi sebenarnya puisi juga lahir dari kesukaran.

Kalau ada yang kata fikirannya kosong untuk menulis puisi sebenarnya puisi juga lahir dari kekosongan.

Puisi? Puisi juga lahir dari suatu persoalan!



Puisi adalah terjemahan lahir dan bathin, adalah tajali, adalah projeksi dari apa yang ada di dalam, adalah interaksi dari apa yang ada di luar. Itu pendapat aku.

Yang sukar sebenarnya ialah nak susun ayat dan mencari perbendaharaan kata yang sesuai, yang tepat, lebih-lebih lagi kalau nak ceritakan sesuatu yang abstrak. Tak pe, aku kasi satu teknik ekspress.... tapi hasilnya juga adalah ekspress...


Image: from Wiki

 
Teknik 1:

1. Cari 2 perkataan yang boleh menggambar subjek atau objek. Aku pilih objek. Katakanlah basikal. 2 perkataan yang aku pillih:

Pengayuh,
Roda,


2. Buat ayat penuh setiap perkataan.

Aku letakkan kaki aku pada pengayuh itu,
Bila aku kayuh laju-laju, roda itu pun berputar laju,

3. Tukarkan objek kepada sesuatu yang abstrak, yang kadang-kadang tak masuk akal pun. Biar orang tak faham.

Aku letakkan hati aku pada pengayuh itu,
Bila aku kayuh laju-laju, roda itu pun berputar laju,

4. Buangkan penambahan dan perkataan yang tak perlu. Ayat akan jadi canggung tapi tak apa. Masukkan elemen yang berlawanan di mana-mana yang boleh i.e. kata lawan.

Kuletak hati pada pengayuh itu,
Kukayuh laju roda putar laju,

Kuletak hati pada pengayuh itu,
Kukayuh laju roda putar perlahan,

5. Buat connection dengan 'dan', 'tapi', 'namun' , 'nya' , 'itu', koma (,), baris atau perenggan dsbnya. Atau, kalau nak lebih 'raw', biarkan sahaja pembaca yang membuat connection dalam fikiran mereka, biar mereka fikirkannya sendiri. Tambahkan juga kata-kata ekstrem i.e. 'amat', 'terlalu' dsbnya. Jangan lupa letak tajuk.

Basikal Tua

Kuletak seluruh hati padanya,
Lalu pengayuhnya kukayuh laju,
Namun rodanya berputar amat perlahan.


Siap! Puisi serangkap kat atas tu boleh diberikan komentar seperti berikut:

" Pengarang meletakkan segala harapan dan jiwanya pada kerjayanya dengan harapan sesuatu dapat mengubah kehidupannya menjadi lebih baik, atau setidak-tidaknya kehidupannya menjadi setaraf dengan orang lain yang turut bekerja keras sepertinya. Tetapi, pengarang merasakan yang hasil titik peluhnya tidak setimpal dengan apa yang dicurahkannya. Pengarang merasakan pelik, tidak percaya, mungkin juga kesal dan kecewa dengan hasilnya. Pengarang mungkin juga merasa ketidak-adilan dalam kehidupan masa kini yang lebih kepada kapitalisme, dimana golongan pekerja sepertinya tidak mendapat ganjaran yang setimpal dengan usahanya. "

Pengajaran:
"Lain kali kalau melihat basikal, lihatlah ia dari sudut kerjaya dan kehidupan pula. Lihatlah ia sebagai dunia yang kita tunggang dan kita kerjakan. Untuk mencapai matlamat, kita perlu bekerja keras namun kadang-kadang hasilnya mungkin tidak setimpal. Walaubagaimana pun, kita tidak patut berputus asa kerana, seperti juga dunia, ia hanyalah sekadar tunggangan kita".


Hahaha... Amacam, boleh dapat 'A' tak dalam SPM, CkLah?



[ini skim menipu namanya. Jangan harap nak hantar ke BH pulak...]


.

19 comments:

ASH said...

Abang beca, abang beca,
di tengah jalan..
cari muatan untuk mencari makan..
putar putar.. putar putar..
kaki mengayuh..
pergi jauh..
keringat pun lalu jatuh..


(dari puisi yang dibuat lagu...)
he he he...

Nizam.Ariff said...

ashley,
Akak nakal...jom naik beca Melaka, err... penang pun ada jugak..

ASH said...

Aku nak pergi Melaka kejap lagi..pergi KMM..LONDANG!

salam...

Nizam.Ariff said...

ashley,
ok. jalan baik-baik, jaga keselamatan. Jalan yang selamat adalah jalan yang lurus.... hahaha

ibundo said...

Puisi ni lebih mudah untuk kita buat bila kita dilayan perasaan. Aku lah. Orang lain aku tak tau.

Puisi merapek meraban lagi senang nak buat. Puisi yang kita sendiri tak paham. Orang lagilah tak paham. Tu kan abstrak namanya. he..he..

ckLah @xiiinam said...

Cis...
bekas murid cikgu Ahmad Lutfi, ramai yang sengal macam ni. termasuk aku....muehehe..

ckLah turunkan 2 ilmu saja ya.
1. Nak bagi puitis, kena masukkan unsur 'personifikasi (memberi sifat manusia kepada bukan manusia-pengorangan)

Contoh:
"Pokok kelapa bergoyang-goyang"

Tak sedapkan? Kaku.

Masukkan unsur personifikasi...

"Pohon nyiur melambai-lambai..."

"melambai" tu sifat manusia. Kan sedap jadinya.



2. Masukkan unsur 'hiperbola'... aku suka ni. Maksudnya, menerangkan sesuatu secara berlebih-lebih. Aku memang suka berover-over ni!!!

Contoh:
"Sejagat raya berdekah-dekah tertawa...
mendengar cadangan pak pandir"

...untuk menunjukkan yang cadangan pak pandir memang tersangat hampeh dan tak masuk akal.


Atau....
"Sepasang 'bola api' terpancar dari mata ckLah"

Nak menunjukkan ckLah benar-benar bengang dan marah....

Gitule lebih kurang ya murid-murid...

"Dragon ball ada tujuh biji semuanya"

Ehh...ni apa cerita dragon ball pulak ni?
muehehe

ckLah @xiiinam said...

psssst;

Ada beza...
antara puisi dan luahan rasa.....



puisi itu terbina...
penuh unsur kesusasteraan...
dan displin tersendiri.......


Selamat berkarya....

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Macam lukisan abstrak juga la... calit sana-sini tapi harga ribu-ribu. Ada satu lukisan abstrak kat luar ballroom Hotel Crown Mutiara KL. Aku tengok tapi tak paham. Setahun lebih lepas tu, aku sempat bertandang kat situ dan baru aku paham, aku rasa la, lukisan tu tentang orang berbaju hujan dan bertopi sedang melintas jalan di antara dua blok kedai. Yang buat kita susah nak teka sebab pelukis/pemerhati dari dalam kereta (mungkin) pada hari hujan lebat. Jadi, air hujan pada cermin membias cahaya, jadi semuanya blur...hampeh.

CkLah,
Cantik... camtu la cikgu.
Err... yang tu expresso, bukan expression. Err... aku tulis puisi dari memang rasa yang dalam dan kabur (cover line, anak murid cikgu Lufti memang cam ni..)

Tapi, Cikgu tak kasi markah pun... berapa markah cikgu nak kasi?

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
aza ni said...

Nizam.Ariff:
Untuk kesekian kali
aku bediri di
tapian mandi
Satu wajah keruh
kesam
Merenung padaku
cuitan air hypothermia
diujung jari
menyerap haba dari tubuh ku
semuanya merengkot
kembali kesarang
dan untuk kesekian kalinya
aku calit mata
menutup kamar
......

Lily Abdullah said...

Wah boleh ala akak cuba teknik ni Aku tulis tak de teknik meknik>Main hentam saja labu! haha!

pst..apasal tak g pesta buku. syok woo,kami mabuk2 kopi haha!

Nizam.Ariff said...

Azani,
Ye la... baru aku teringat, orang sastera cam dia orang memang la banyak vocab sebab kamus dewan bahasa tu dia orang khatam dah 10x. Jom kita guna term thermodynamic pulak le..

Lagak positron menyapa ion lainnya,
Dalam mandiri yang sungguh entropi,
Yang sungguh eksotermik,
Yang sungguh adiabatik,
Lolongan makrifat
Dalam celah dan kekosongan,
Petala valensi yang kecil,
Tapi sebenarnya cukup luas,
Buat fussion dan fission menari,
Merembeskan tenaga sakti,
Untuk manusia seperti kita nikmati.

Hahaa..

Waterlily,
Kereta demam sekejap. Tapi, hampir maghrib semalam dah kebah demam dia...

aza ni said...

aku tambah:
Untaian ikatan Van Der Wall
mendinding dwi molekulku
ikatan kovalen
membumbungkan isotop atomku
Dalam atom ada neuklons
protons dan neutrons di pusat
dan elektrons mengorbit
selama mana dizinkan Tuhan
maka stabillah atom atom ku dalam apungannya.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Yeahh...! aku sambung lagi:

Terapung-apung kelemasan,
dalam ruang-masa,
yang bertali-temali,
Agitasi dek kehangatan cinta,
Singkap Azali pun terbuka,
Bebaslah gluons,
Bebaslah muons,
Bebaslah gamma dan beta,
Yang bisa tembusi hakikat ruang-masa membengkok.

Tegasan ricih dan setumpu,
Beban yang mungkin tak perlu,
Buangkan ia di Laut Kalzum,
Tempat Nun berenang,
Tempat angin berpusar,
Tempat segalanya bermula,
Dan segalanya berakhir.

Tempat ketidakpastian,
Tempat lubang hitam,
Dimana Fizika dunia,
Tidak lagi berguna,
Musnah hilang segala,
Muncul dalam singulariti,
Yang terpancut jauh,
Menjadi debu kosmos.

Sedang mereka tercari-cari,
Mereka telah bebas jauh dari sini,

aza ni said...

Nizam.Ariff:dan pemenang sayembara puisi quantom physics kali ini adalah
Drum roll please




Nizam.Ariff
Tahniah Nizam
yang kalah tu sila buka balik buku Applied Thermodynamics anda.

he he he

Nizam.Ariff said...

Azani,
HAHAHAHA....

Kita kasi tergamam bebudak sastera pulak.

Ishh... terasan macam form 5 balik la, budak sains vs budak sastera...

ckLah @xiiinam said...

....Hahaha... Amacam, boleh dapat 'A' tak dalam SPM, CkLah?....


Ooooooo...
Frasa itu....nak ajak ckLah lawan ngan ko ke maksudnya....


Maaflah...
Aku hanya seorang cikgu kecil
kelulusan sastera
dari universiti
'dalam negara'


yang tak tahu
apa-apa....


Terima kasih...

tasekM said...

battle of the puisi of enjinnyor. hehehehehe....



.

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Orang tanya cikgu, kalau SPM boleh lepas tak ni? ke fail? Aku dapat 5 je SPM.. hehehe

TM,
Jom kita bersastera.. hehhe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com