.
Aku mula-mula dengar lagu ni masa aku sekolah menengah lagi. Masa tu, gitar tong cap Kapok menjadi dakapan di kala malam. Sewaktu lmapu-lampu kalimantang di koridor-koridor telah ditutp suisnya oleh warden. Bukan warden penjara. Warden asrama.
Dalam kelam samar-samar malam, cahaya neon menerobos masuk melaui tingkap dan celah-celah langsir. Angin malam membuai-buai langsir, menyibaknya lalu aku nampak hutan dan pokok buluh di kaki Bukit Maxwell. Aku tiada roomate. Blok aku ni special, daripada 50 katil, yang terisi cuma 30 katil je. Maknanya, kebanyakkannya tak ada roomate, termasuk aku.
Aku sendengkan katil sebelah. Jadi, aku punyai ruang untuk berbaring dan solat kat bilik sendiri.
Bila malam, suasana sayu membuatkan aku peluk gitar dan memetiknya perlahan-lahan. Kadang-kadang jiran sebelah suruh petik kuat-kuat, dia pun nak dengar jugak. Aku suruh dia tidur je. Esok nak sekolah.
Ini antara lagu yang aku selalu mainkan:
Enjoy...
.
15 comments:
kau pandai main gitar yek...?
ishhh... tiba2 rasa nk terjatuh cinta nih. muahahaha....
:p
.
haaaa...
TM,
Aku rela sambut kalau terjatuh...
Hahaha.
Hairul,
Jumaat malam sabtu ni nak ambik dak An kat KLIA. Terus balik ke Melaka... ikut?
dulu asrama Seratas ka?..
akak dulu berangan nak main gitar. belajar sikit ngan kawan kawan tapi sampai tua tak pandai-pandai...
jagat bawak sekali ker...?
ker nak tingal kat pu.jya
Saya tak suka mat gitar. Sbb mat gitar biasanya mat jiwang. Mat jiwang ni biasanya berbahasa² indah...macam bro laa!!
Muahahaha... ;p
betul ke lu boleh plucking macam tu bro, kita sezaman tuh. cuma gua tak sehandal lu jer
Nizam n TM,
dulu aku memang ler tak terpikat ngan mat gitar..tapi kaaannn...
mat gitar yang terpikat dengan aku..
wa ka ka ka..
jeng jeng jeng...
grennnnnnggggg...
cenkereng cengkereng....
tetiba aku teringat DAHLAN ZAINUDDIN..
..ha ha ha.
sesambei nyanyi
"dari sebuah desa..
berbekal gitar tua..
datang ke ibu kota..
dengan penuh harapan..."
Cikgooden,
Bukan. Aku MRSM Taiping.
Kakpah,
Tak boleh main gitar, akak main le piano lak....hahaha
Hairul,
Bawak balik Jagad. Kat sana dah ada kandang. Jom balik...
Insyirah,
Tak suka bahasa bunga-bunga ke? mesti takut lemas atau cair kena pujuk rayu lelaki macam aku... hahaha
nanti, aku nak buat satu puisi bunga-bunga khas untuk kamu...
Shimi,
Dekat-dekat la bunyinye tu... tapi kalau tali gitar dah berkarat, dentingannya tak le sama.
Ashley,
Mamat gitar memng minat kat semua pompuan.... hahaha
aku jenis alert. ejaan kau banyak salah bang.
1) lmapu-lampu
2) ditutp
3) melaui
jari aku panjang. kawan selalu cakap rugi sebab aku tak pandai main gitar.
Bukan cair. Takut malam kang saya mimpi ngeri!!
kak ashley,
kejap. ko kawen ngan mat gitar ke tidak?
.
Addy,
Ok. Thanks.
Tapi aku tak sempat nak betulkan sebab aku curi-curi masa training.
Insyirah,
Ye ke?
Atau mimpi yang manis-manis? hehehe
TM,
Ko kawen dgn mat gitar jugak ke?
Boleh buat regu jamming bawah pokok tepi selat melaka nanti...
Post a Comment