Monday, May 18, 2009

Cahaya oh cahaya

.

Aku suka cahaya. Entah kenapa, aku terpukau dengan misterinya. Seperti n3 aku sebelum ini, juga tentang cahaya. Mungkin aku takutkan kegelapan. Mungkin peristiwa silam yang bila malam, emak hanya nyalakan pelita ayam sebagai lampu tidur. Itu pun diletakkan di tengah-tengah ruang tamu. Itu pun kadang-kadang terpadam bila angin kuat bertiup, atau bila kucing bermain-main dengan serangga yang hurung lampu lalu tersenggol apinya dan terpadam.

Bila gelap, aku yang masih berumur satu angka itu, akan mula berfikir yang bukan-bukan. Nak tutup mata nanti ada hantu datang menjengah dan aku tak sempat lari. Kalau nak buka balik mata lagi takut, kalau-kalau muka hantu itu dah sejengkal depan muka aku!

Akhirnya, aku tidur tanpa tutup kelopak mata. Dan entah bila agaknya kelopak mata aku tertutup sendiri!

Lembaga Letrik Negara (LLN) masa tu cuma bekalkan elektrik pada tahun 1983/4. Tahun yang sama kakak aku belikan TV warna 'Quintrix'. Sebelum tu, TV hanya hitam putih cap 'Sanyo' yang kalau diintai dibelakangnya penuh dengan tiub-tiub kaca yang bercahaya. Sebelum LLN masuk, kami sekeluarga hanya guna generator yang diputar guna enjin diesel cap 'Kubota', yang kadang-kadang enjin itu menjadi mesin parut kelapa untuk buat minyak kelapa secara besar-besaran.



Bila pukul 11 malam, enjin Kubota itu dimatikan. Seketika itu juga hening menjelma entah dari mana. Lampu sentir minyak tanah menjadi penyeri malam. Maka, sahutan burung hantu dan belalang pelesit mengisi sunyi malam. Aku yang tidur di tingkat atas rumah kayu 2 tingkat itu seakan-akan tidur di puncak pokok Rambutan dan pokok Mempelam. Separas dengan burung Hantu dan belalang pelesit itu bertenggek.

Dan terasa begitu hampir dengan pemanggil-pemanggil makhluk-makhluk misteri dan ngeri itu. Kalau aku tutup tingkap kayu itu, bahang panas terasa dalam bilik. Kalau dibuka pula, tergambar semua Sundel Bolong dan Puntianak terbang. Filem yang menjadi igauan masa itu.

Bila dah seram sejuk, terasa nak kencing. Kalau nak turun ke bilik air yang terletak di dapur, kena bawak sentir minyak tanah itu. Dan cahayanya menghasilkan segala jenis bayang-bayang yang sentiasa mengekori aku. Jadi, kerap jugak aku pancut dari tingkap bilik atas... hahaha.

Dan bila bulan mengambang, malam umpama siang. Kelawar, Kampret dan Keluang terbang sana-sini. Sesekali ia menangkap serangga yang hinggap pada dinding luar. Cakarannya bisa menaikkan bulu roma.

Aku perlukan cahaya untuk menerangi kegelapan. Supaya lebih jelas pandangan mata aku dan supaya aku tak rasa takut lagi.

Cahaya.



.

19 comments:

Yana Ismail said...

huhu napa smua entry yana bc cakap psl cahaya ni?huhu..

aza ni said...

kenangan masa zaman Lembaga,hairan juga kenapa Lembaga itu yang di digunakan, kenapa tidak Jabatan ke?zaman tandas jauh dari rumah,bawak bekal lampu eveready 5 batteri,bawak pelita fobia sebab kening pernah mengkerekot.

addyaholix said...

ya la kan yana. kenapa asyik pasal cahaya ni. nak kenan babap kot kan yana. haha!

ya bang. tiap kita perlu cahaya untuk hidup. kalau pun bukan untuk manusia lain, sekurang-kurangya untuk menerangi hidup sendiri. sekurang-kurangnya lah bang!

ibundo said...

semua orang perlukan cahaya.
cahaya matahari
cahaya bulan
cahaya lampu
cahaya mata
cahaya hidayah
.
. etc etc..

Tanpa cahaya kita ibarat orang buta yang teraba-raba.

Insyirah said...

Kalau guna Cahaya Ilham boleh bang? Haha.

Saya lebih pentingkan cahaya dlm hati ni. Kalau hati ni gelap gelita, pasanglah lampu berpuluh2 biji kat rumah tu pun tak da guna.

Nizam.Ariff said...

Princess,
Aku syak, sekarang ni musim matahari terik. Cahayanya silau sangat... tak boleh kalau tak perasan

Azani,
Ada yang tangkap kelip-kelip bubuh dalam plastik, buat lampu suluh... hahaha

Addy,
Ada orang suka duduk dalam gelap, kat lorong-lorong gelap, berpakaian gelap. Kalau ditanya kenapa suka gelap dia kata sebab gelap akan serap cahaya.. hehehe

Kakpah,
Aku nak cahaya mata dan cenderahati hati... hehehe aku nak cepat-cepat.

Insyirah,
Ilham adalah cahaya kerana ilham adalah penyuluh dan penyuluh itu adalah cahaya. Mata kita juga perlu bercahaya-cahaya, biar bersinar lebih-lebih lagi kalau popuan yang belum kahwin... hehehe

tasekM said...

anak2 zaman kita dulu, asal gelap mmg takut. sbb kita disogokkan dgn cerita2 hantu oleh mak bapak dan tok nenek kita. itu cara mereka mendidik dan terdidik.

berbeza dgn zaman sekarang. MC tak pernah takut dgn mlm sehinggalah dia pandai tgk puaka niyang merapik kat tv. haih....



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Anak aku penakut cam aku... hehehe
Ko penakut tak?

tasekM said...

aku? aku tak takut gelap... aku suka gelap! muahahahaha...

:p


.

Cikgooden said...

cuba selami nasib si Buta pulak?..adakah mereka juga merindui cahaya?....

Yana Ismail said...

huhu tgk, addy pun sama pndptnye..hihi.. ooo..gitu..ok2!..tkpela. cahaya kan penting;)huhu

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko bukan ke suke yang gelap-gelap juge...? muahhakaks

Cikgooden,
Aku rasa pasti dia orang rindukan cahaya. Semua orang mahukan cahaya.... aku rasa.

Princess,
Cahaya matamu bisa memukau aku... hahaha.

addyaholix said...

ada-ada saja kamu bang. macam familiar je dengan lorong gelap. haha!

cahaya ada sebab gelap. kalau cerah, tak perlu cahaya.

ckLah @xiiinam said...

ckLah pun ada pengalaman mendapat cahaya guna generator ni....
Generator bapak ckLah turut disambung ke beberapa rumah jiran.....supaya mereka juga ada cahaya. Mula pukul 7...sampai 12 malam. Ikut waktu siaran tv ireng-putih tu...

he..he..

SHIMI said...

cahaya yang menerangi
lu nak sambut pesta cahaya ke beb..

peace beb peace

Nizam.Ariff said...

Addy,
Biasa tu tak lah tapi....errr... hahahaha
Gua dulu dressing black beb, underground black, gitar selimpang naik motor gi lepak kat simpang tu beb...
Err.. tak de la.


CkLah,
Dulu kat kampung, rumah kami je ada generator, ada TV. Kalau jumaat malam sabtu, ada tayangan gambar melayu (ingat lagi tak?). Orang kampung datang kerumah pukul 9pm. Masing-masing masuk duit 20sen dalam tin tepung jagung cap butterfly... caj untuk minyak Kubota.


Shimi,
Eh, bila hah pesta cahaya? aku nak cuti nih... hahaha

peace juga kepada kamu.

ASH said...

...errr dalam samar samar cahaya lampu minyak tanah itu..ada bayang bayang yang mengekorimu...jadi...
....jangan pandang belakang!!

sapa yang terbakor kening?
AZANI?

ha ha ha...nosltalgik!!

mesti kening ala ala Ina TUNANG Mawi tak jadi tuu..

Anonymous said...

Ok, akak order entri baru,tentang cahaya.

Encik Azani,
Nampaknya, anak-anak kita tak de ler pengalaman bawak pelita fobia tu. Saya teringat, kucing2 peliharaan saya dulu selalu mengerekot misai kening depa haha!

Water Lily

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Azani kening macam Ina ex-bakal tunang Mawi?

Azani, lu kasi post gambar superimpose kening si Ina tu dlm entry lu satu, KAMI NAK TENGOK...

Waterlily,
Kucing2 tu buat eksperimen kut, misai salai sedap ke tak.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com