.
Cahaya bersifat kedualan (duality), itu kata fizika moden. Bukan bermaksud cahaya itu boleh bertukar bentuk macam Transformers yang berbunyi 'chi-kuk-kuk-kuk-hargghptuih' setiap kali dia bertukar. Bukan juga cahaya itu terbentuk dari 2 ciri atau 2 bahan. Maksud fizika moden itu ialah cahaya memiliki ciri-ciri sifat bahan dan juga sifat gelombang. Ini telah dibicarakan dalam n3 sebelum ni. Hakikat sebenar cahaya tidak ada siapa yang tahu kecuali Tuhan.
Tentang Cahaya
E=MC² ; E-energy(tenaga), M- mass(jisim), C- speed of light (laju cahaya)
Formula yang budak-budak pun ingat, mana tak nya, T-Shirt pasar malam pun ada tulis formula ni. Formula ni dahsyat bukan kerana penemuannya tapi kerana apa yang telah dilakukannya. Malapetaka yang berlaku di Jepun misalnya, menjadikannya begitu popular.
Tenaga yang terhasil adalah bersamaan dengan jisim darab laju cahaya ganda dua. Bermakna, 1 gram jisim atom yang dipecahkan menghasilkan tenaga sebanyak 299,792.458 kgm²/s² atau lebih kurang 300 kilojoules [ dimana, 1 joule = 1kg.m²/s² ] . Nombor ini sukar untuk kita bayangkan sebab joule bukan ukuran yang biasa kita guna. Bukan macam inci yang selalu kita guna nak tempah baju kurung atau baju melayu, atau yang biasa kita guna untuk ukur ukurlilit khazanah yang tersimpan sekeliling perut (seperti kata ayah-stein, ukuran perut juga relatif, kejap kecil kejap besar, lebih magis ianya kejap muat kejap tak muat).
Ianya boleh dibayangkan begini:
1 gram atom terbelah seperti tenaga 0.24kg TNT meletup.
1 gram atom terbelah seperti mengangkat 299,792 biji epal kecil setinggi 1 meter serentak.
Cahaya yang boleh bersifat gelombang. Cahaya tampak (yakni, cahaya yang boleh dilihat terus dengan mata kasar manusia) mempunyai julat jarak gelombang yang tertentu. Bermakna, kita tidak dapat lihat seluruh spektrum jarak gelombang. Bermakna juga, kita tak boleh lihat semua benda dengan mata kasar kita. Banyak hijab yang Tuhan letakkan pada mata kasar kita.
Contoh gelombang yang kita tak nampak: X-ray, radio, gamma dan macam-macam lagi. Tapi, manusia moden dah mula sedar hakikat bahawa mengetahui seluruh spektrum gelombang mungkin boleh membongkar rahsia-rahsia alam ini. Mungkin boleh mengetahui alam-alam yang terselindung yang selama ini kita tidak nampak. Mungkin boleh lihat hantu??!
Setiap jasad dalam alam maya ini mempunyai tenaga. Hatta mayat reput sekali pun. Tindak balas kimia reputannya, kalau dibakar atau entah macam mana pun, tenaga kimianya boleh terbebas. Dan setiap jasad yang lebih daripada suhu 0 Kelvin akan membebaskan tenaga haba, walau pun sedikit. Kalau kurang, tenaga itu disimpan dalam bentuk lain dan bukan bermakna tiada tenaga.
Kalau ikut teori atas tu, setiap jasad yang punyai atom akan menyimpan tenaga, yang jika dibelah atom itu, tenaganya diukur seperti formula atas tu. Tenaga haba dibebaskan bermula dari spektrum infra-red dan ke atas. Spektrum infra merah adalah gelombang, adalah cahaya.
Tentang Tenaga
Ini tiada kaitan dengan global warming.
Tapi ia berkaitan dengan tenaga dibebaskan. Seperti yang aku tulis, hatta mayat reput pun boleh bebaskan tenaga. Ini kerana ada satu konsep dalam thermodinamik, tenaga tidak boleh dihasilkan atau dimusnahkan, ianya hanya berubah bentuk. Maksudnya, letupan dari mercun adalah transformasi tenaga tersimpan dalam bentuk pepejal belerang kepada tenaga haba dan sebahagiannya dalam bentuk tenaga cahaya. Aku berlari, jadi tenaga yang tersimpan dalam bentuk lemak-lemak yang bershuffle kat perut dipecahkan secara metabolasi untuk ditukarkan kepada tenaga kimia. Tenaga ini kemudiannya digunakan untuk menggerakkan kaki dan jantung dan lain-lain, dengan kata lain tenaga untuk membuat kerja; dan sebahagiannya terbebas ke alam sekitar dalam bentuk haba dan kentut (kentut panas ape...).
Tenaga berubah bentuk. Dalam menangani masalah kepanasan global ini, tenaga haba adalah sesuatu yang tidak diperlukan di iklim tropika dan khatulistiwa ini. Tenaga yang tersimpan dalam bentuk pepejal, cecair atau gas eloklah dibiarkan begitu. Janganlah ia terbebas dan bertukar bentuk menjadi tenaga haba. Aku dah cukup panas, rimas dikala ini.
Kita sedut minyak dan gas dari dalam perut Bumi. Minyak dan gas itu tak le sepanas mana kerana tenaganya tersimpan. Tapi, bila kita bakar, tenaganya berubah bentuk kepada tenaga haba. Itu yang panas hati aku ni.
Orang kata penyaman udara itu mendinginkan, membuang haba. Tidak terlalu benar. Sebenarnya, bilik menjadi dingin sebab haba di dalam bilik dikeluarkan melalui mesin haba (pendingin hawa) secara kitar Carnot. Maknanya, bilik itu sejuk sebab habanya dipindahkan ke luar. Jadi, bilik menjadi lebih sejuk dan di luar menjadi lebih panas.
Siksanya aku setiap hari menunggang kuda api aku, lebih-lebih lagi bila menunggu mata jin bertukar dari merah ke hijau di simpang. Aku berpeluh-peluh menahan panas sedangkan ada pasangan muda membuat adegan separa panas dalam kereta yang berhawa dingin. Mereka membuang haba dari dalam kereta ke luar, hingga aku terasa panas. Cis!
.
13 comments:
begitu juga dengan hati..ia bersifat sejuk barangkali. tapi jika dicucuh dengan ayat2 bakar baeeeek punya...dia jadi panas..
betul tak jika dihurai menurut teori fizika moden hang nih?...
Nizam.A:cara kau mengupas begitu mudah aku hayati, sebab pemahaman kau telah sampai ke tahap lampu tochlight bermentol halogen, bila kau sampaikan, seperti kau hidupkan lampu tadi, jauh pancaran nya membelah kegelapan malam.
Sepertimana manusia juga menghasilkan bahan kumbahan yang boleh diuraikan ke satu bentuk simpanan tenaga dalam bentuk gas methana, jika boleh disadur dan diasingkan kesatu reservoir, dan dibekalkan kepenjana electrik seperti tarbin gas, tak dapat tidak tenaga haba dibebaskan apabila menjana elektrik, sekiranya haba ini boleh disimpan,ditongkan dan di hantar ke negara musim dingin,dan digunakan untuk untuk pemanasan dibumi bermusim dingin, maka tidak perlu heater dari tenaga elektrik atau dari pembakaran gas atau kayu.Pengeluaran haba di bumi yang panas ini secara bukan semulajadi dikurangkan,manakala di bumi bermusim dingin pemanasan bukan semulajadi juga dapat dikurangkan,apabila ini berlaku,tiada lagi perlu bahanapi baru,cukup sekadar yang perlu.masih jauh lagi penyedikan yang perlu dilakukan, tapi langkah pertama.
Terasa mcm masuk kelas Sains. Haha. Subjek Sains bukan feveret saya. Boleh pening muntah jadinya.
Pasangan yg buat adegan panas dlm kereta tu Cina ke Melayu? Lain kali kasi ketuk cermin bagi salam.
'Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi hanya bertukar bentuk'
hmmmmmm...
hmmmmmm....
sekali lagi..
itu saja komen aku.
terima kasih..
"....Aku berpeluh-peluh menahan panas sedangkan ada pasangan muda membuat adegan separa panas dalam kereta yang berhawa dingin. Mereka membuang haba dari dalam kereta ke luar, hingga aku terasa panas. Cis!..."
Jangan 'Lihat Sebelah'!!!
Bukan apa...Tiba-tiba ckLah teringat murid kelas cklah yang mempersoalkan kenapa pada setiap halaman kertas soalan peperiksaan sudut bawah sebelah kanan ada tercatat;
Sila Lihat Sebelah.
Sulit.
Cikgooden,
Kalau dihurai ikut fizika moden, orang yag bercakap menggnakan tenaga untuk bertutur. Kotak suara menukar kan ke gelombang bunyi. Gelombang bunyi yang bertenaga untuk merembat melalui medium, terpaksa menghentam molekul2 udara. sebahagiannya disimpan oleh molekul, sebahagian lainnya berjaya sampai ke telinga pendengar. tenaga gelombang mengetuk gegendang telinga. Gegendang telinga menghasilkan isyarat elektrik (masa ini, tenaga tadi dah tak berfungsi). Isyarat elektrik ditafsir oleh otak. Otak tafsirkan ke perkataan dan matchkan dengan memori. Jika ayat tu match dengan rayat-ayat panas, serta merta isyarat hidantar ke seluruh badan, terutama nya jantung dan hormon juga dibebaskan. Hormon adrenalin menukar rentak jantung dan oksigen di pam laju. Oksigen tambahan ini untuk membantu pemecahan tenaga untuk digukanakn untuk menjerkah tau menumbuk. Sebahagian lagi digunakan untuk memanaskan hati si pendengar...dan sebahagian lagi diguna untuk buka pintu hati supaya setan boleh masuk!
Amacam penerangan tu... hahaha
Azani,
Oh ya, aku lupa pasal penguraian makanan. Aku cuma teringatkan kentut je tadi.. hahaha
Yang aku cuba sampaikan ialah, kalau manusia menukarkan semua tenaga yang tersimpan selama ini ke bentuk tenaga haba, suhu dunia naik. Walau pun haba boleh terbebas ke kosmos dan dunia menyejuk tapi kehadiran CO2 sebagai rumah hijau memerangkap haba tu. Tuhan menciptakan satu lagi unsur alam sebagai penyejuk, puting beliung dan tofan. Tugasnya adalah mensekatakan suhu dunia semula, jadi sejuk tak terlalu sejuk dan panas tak terlalu panas, averagekan dua pucak suhu yang ekstrem menjadi average. Tapi, tofan memusnahkan segala.
Aku rasa, adakah ini ada kaitan dengan 'melepaskan sesuatu dari dalam perut bumi'? adakah ini juga sebenarnya antara 'binatang' yang keluar dari perut bumi sebagai tanda hampir kiamat???
Insyirah,
Aku guna bahasa biasa je. Kalau guna istilah sains, penerangan aku tu pendek je, tak sampai 20 baris kut.
Pasangan tu mungkin baru kahwen, aku sangka baik je la... Kalau aku ketuk, dia ludah aku, hapah pun tak dapat...
Ashley,
Aku rasa ada 2 sebab kenapa sains kata macam tu:
1. Untuk memudahkan pengiraan sebab kalau sesuatu itu bukan obsolute, susah nak kira. Tapi, untuk peringkat yang tinggi, tanaga ini boleh dipecahkan kebentuk yang lebih detail, contohnya dala kuantum fizika.
2. Sebab saintis sendiri tak faham tenaga itu apa. Ia seolah-olah satu benda yang bukan benda. Seolah-olah satu istilah bahwa sesuatu itu punyai sesuatu.
Kalau kita ambil dalam skala yang lebih besar, seluruh alam ini contohnya, aku masih cuba kaitkan jumlah tenaga yg ada. Sungguh tak terkira jumlah tenaga itu. Dan semuanya milik Tuhan. Alangkah Maha Kuasanya Tuhan itu.
Aku ada satu teori tentang itu, jika itu maksud akak, tapi aku tak mahu cerita sebab nanti dikatakan rakyat kerjaan langit lak.. hahaha
CkLah,
Oh... aku lupa arahan tu. Aku dah lama tak ambik peperiksaan...
Ataukah mata aku yang suka ambik kesempatan...? hahaha
hmm.. engkau kalau jd cekgu sains mesti murid2 suka, kan... :)
anggap sahaja apa yg kamu nampak sebagai ilham. ha ha.
.
TM,
Aku nampak kamu.
Kamu jadi ilham aku...
Tak tau nak komen apa. Tengah panas ni. Bepeluh.
Kakpah,
Hahaha..
Aku tengah bayangkan kakpah tengah berkipas dengan kipas satay. Tak pun dengan suratkhabar berlipat dua.
teruskan begini encik nizam ceritakan sains secara berlipurlara. sains selalu seganding dengan seniku.
dan bagaimana dengan sumber tenaga seperti dalam angels dan demons, dan kalau tak silap dalam cerita mission impossible?
wujudkah?
Alina,
Wujud tapi belum tahu untuk menuai... mungkin satu hari nanti...
Post a Comment