Sunday, May 24, 2009

Main bisik-bisik

((( PENGUMUMAN: AKU ADA MASALAH DENGAN BROADBAND HARDWARE. JADI, BLOG AKU DAH TEMPANG. HANYA BERJALAN-JALAN KE TEMPAT KAWAN-KAWAN KALAU ADA WIFI ATAU ADA LAN. MAAF. - 25.5.09 @ 9.20am))))






SUARA YANG BERBISIK


Shhh...

Pejamkan matamu dan diam sejenak
Lupakan segala-galanya, lepaskanlah
Cuba dengar semua bisikkan di sekelilingmu
Bisikkan suara-suara yang tak kau pedulikan selama ini
- Bisikkan nafasmu
- Bisikkan jantungmu
- Bisikkan suara hatimu.


Shhh...

Pejamkan matamu dan fahami bisikkan itu
Hembusan nafasmu nan tenang, panjang
Kau lepaskan perlahan-lahan
Kadangkala ia terhenti, kau sedar
Lalu kau hembus, ia kembali gemersik

Degupan jantungmu juga tenang
Menggegar urat nadimu, kau boleh rasainya
Lembut membelai seluruh tubuhmu
Bisikkannya buatmu rasa aman.


Shhh...

Pejamkan lagi matamu dan dengar dalam-dalam
Buka hatimu dan rasai getaran suaranya
Bisikkannya juga lembut dan meruntun sayu
Cuba fahami kata tuturnya

Sesungguhnya hatimu itu hidup
Dan ia berbisik jauh dari dalam
Suaranya bersulam dengan hembusan nafasmu
Kadangkala hilang di sebalik degupan jantungmu

Memang sukar memahami getaran kata-katanya
Kecuali mereka yang kekal hidup hati-hatinya
Walau pun nafas dan degupan jantungnya
Berhenti berbisik dan tidak lagi bersuara...






(Buat kawan-kawan yang datang ke sini)
.

16 comments:

ckLah @xiiinam said...

Nafasku...
Sentiasa bersatu ...
Dengan doaku...
Setiap detik berlalu...




memohon maghfirahNya...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Kalau begitu...
Alangkah bertuah diri itu...
Setiap detik berlalu...
MaghfirahNya kan sentiasa bertamu...



Dan restuNya...

Insyirah said...

Bisikan suara hatiku
boleh kuterjemah
kerana suara ruhku itu
cukup dhaif dan fakir.
Tapi,
sungguh aku insan dina
dlm mengimpikan jalan bahagia
istimewa lakaran-Nya....

Water Lily said...

Kejap..kejap..nak dengar...bunyi kipas berpusing ja haih!

Cikgooden said...

tengah try.....dengaq sora anak2 dok berkelahi berebut remote..haih

SHIMI said...

jap..jap..
ko denganr tak aku bisik dengan ko

aza ni said...

aku masih belum utuh lagi, biasanya khannas yang bisik bisik.
{1} - Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
{2} - Yang Menguasai sekalian manusia.
{3} - Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia
{4} - Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam
{5} - Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
{6} - dari kalangan jin dan manusia.

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Lama-lama nanti,
Bisikannya akan kuat,
Bisa kau dengari... percayalah.


Waterlily,
Bukan bunyi kipas pusing,
Itu kipas yang cuba berbisik,
dalam suara dan bahasanya...
Kalaula boleh difahami,
Ia berkata'.. cukuplah,
aku dah pening asyik pusing'


Cikgooden,
Sebenarnya,
itu juga bisikan,
Cuma dalam bentuk jeritan,
Itu dinamakan,
bisikan ria anak-anak,
Bersama-sama keluarga.


Shimi,
Ya,aku dengar,
Sebelum sempat jarimu menaip,
Hatimu terlebih dahulu,
berbisik padaku,
Itu bisikan seorang sahabat.
((((twilight zone))))


Azani,
Khannas boleh berbisik,
Tapi bisikannya tak semerdu
bisikan hatimu,
Tuhan itu Maha Indah,
bisikan yang indah-indah,
itu dari Tuhan.





NAK BAGI TAU KAWAN-KAWAN SEMUA.
AKU PUNYA BROADBAND ADA PROBLEM.
DIA TAK BOLEH DETECT SIMCARD.
SEKARANG NI AKU GUNA WIFI
TRAINING CENTER.

ESOK-ESOK, AKU TAK TAHU LAGI...

MAAF KALAU TAK DAPAT MENJENGUK-JENGUK...

tasekM said...

ni kalau aku dah pejam2 mata... terlelap ni kang... kerja opis ni kau tolong buat bulih...? hehehehe...


:p



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Boleh,
Ko email le semua akaun tu kat aku.
Meh aku tengok.
Bagi sekali buku cheque dah siap tandatangan, nanti aku isikan untuk ko..

OK?

tasekM said...

cek pun aku hantar guna email. aku scan. amacam?

muahahahaha....

ppsstt... moh kita bermastan ghani minggu depan? tak pun pekena ikan bakor kat hutan melintang tu... :)



.

addyaholix said...

pejamkan matamu.
rasakan hadir aku.
pegang semahu kamu.
dakap erat-erat.
kerna aku selalu buat kamu.

maksud aku kawan-kawan bang. haha!

white. said...

:)

Nizam.Ariff said...

TM,
Adik ipar aku kawen 2 minggu lagi kat Melaka. 2 minggu berturut-turut aku kena tolong buat persiapan. Ko makan le dulu, lepas tu tapaw le kat aku...


Addy,
entah kenapa, bulu roma aku meremang,
bila ingin dipeluk
oleh kamu.. hahaha


White,
;)...

ASH said...

gegedang telinga aku ni dah kematu ngan jeritan bebudak...
tak main ler bisik bisik ni..


tapi jeritan hati aku..seumpama bisikan
yang hanya didengari oleh tuhanku...

Nizam.Ariff said...

ashley,
bisik-bisik juga boleh buat seseorang menjerit... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com