Aku seekor anak ayam.
Aku seekor anak ayam yang baru keluar dari telur.
Aku tinggalkan cengkerang itu malam tadi.
Pagi ini aku lihat langit mendung.
Aku masih kecil.
Namun aku sudah punya cita-cita untuk dewasa.
Boleh pergi sana-sini tanpa sekatan sesiapa.
Bila aku dewasa nanti, aku bebas berbuat apa saja.
Jauh dari kekangan ibu, jauh dari nafsu bapa.
Benarkah begitu?
Kenapa hanya ada seorang bapa?
Kalau semuanya menjadi dewasa, tentu ada yang tua.
Ke mana perginya mereka semua? Mana kuburnya?
Aku seekor anak ayam yang baru keluar dari telur.
Kalaulah aku tahu begini natijah hidup ini malam tadi,
Aku tak mahu keluar dari telur.
.
10 comments:
Dahsyat anak ayam ni...
Yang tersiratnya tu dalam sekali!!
Tu baru keluar dari kelompang jer tuuu..belum tumbuh bulu pelepah lagi tu!!
haih..anak ayam ni pi MRSM ke?
he he he
ini anak ayam alam malakut.
kenapa tak nak keluar dari telur?hehehe
apasal harga ayam asek naik je ha? Kita ni kalau tak makan ayam tak leh ke. Kalau satu malaysia mogok tak nak makan ayam kan bagus...
Itu baru citer anak ayam kampung. Kalau anak ayam bandar mcmmana?? Kuikuikui...
Ashley,
Err... ni tak de kena mengena dgn yang pi MRSM. Yg pi MRSM tengah tunggu anak ayam tu besau, nak digoreng.. hahaha
Azani,
Mungkin masa dalam telur tu dia dapat tengok alam Malakut kot... hahaha
Basuh Baju,
Salah satu sebabnya, takut kena rogol dgn bapak sendiri... maksud aku anak ayam tu.
Eh, baru aku perasan. Selama ni keturunan ayam kampung tu dari satu bapak je la yek? Maknanya, bapak dia lakukan incest! Sumbang Mahram! ni yang kena sembelih ramai-ramai ni...
Kakpah,
Camne nak mogok kak? Baru pasang niat, harga ikan dah melambung tinggi. Pasar Malam minggu lepas ada tanya isi tenggiri, sekilo RM30! Mak aiii... aku beli isi Salmon kat Tesco pun baru RM28 sekilo. Baik aku makan Salmon...
Insyirah,
Ayam bandar dah ada puisinya, dulu aku letak lama dulu. Antara bait-baitnya:
... membahangi hati gadis kota,
Yang masih ingin tidur,
entah di rumah siapa.
jangan cita-cita jadi bapak ayam sudah lah. haha!
Addy,
Cita-cita tak ada tapi angan-angan nakal dikelilingi anak-anak ayam tu ada la sikit-skit.
Sudah lama tak tengok anak ayam.
haiya..releven ke komen akak ni haha!
Waterlily,
Memang releven kak. Dah lama tak tengok anak ayam maknanya akak selalu buat kek sampai telur ayam tak sempat nak menetas... tak pun buat bahulu, betul tak?
Post a Comment