Tuesday, July 7, 2009

Ole-ole dari Kampung

.


Dalam salah satu entri aku sebelum ini, mungkin sekitar Raya Haji yang lepas, aku ada cerita tentang Daun Ketum.

Ada beberapa rakan yang tinggal di pekan tak tau mengenai daun serba guna ini. Maka, aku tampalkan di sini.


Pokok Ketum





Daun ketum, kalau direbus dengan cara yang betul dan diminum mengikut sukatan 'ala kadar', adalah merupakan minuman tonik herba sebenarnya. Kalau dah dicampur dengan ubat nyamuk dan panadol lepas tu minum satu jag, itu yang jadi 'huru-hara' dibuatnya.

Airnya boleh mengurangkan kesan darah tinggi dan kencing manis. Manakala sebatian koloid yang wujud dapat menjadi 'booster' tenaga, ini menjadikan peminumnya tidak cepat penat dan bertenaga.



Cara merebus yang betul (mengikut petua abang aku):

Pilih daun yang tua, yang dah hijau tua warnanya. Daun yang muda terlalu 'kuat' dan boleh memabukkan. Ulat pun hanya makan daun tua. Daun muda ulat tak mampu makan, atau mungkin ulat makan juga tapi lepas tu kojol.




Daun dalam foto ini daun muda. Lihat betapa segarnya ia tanpa kesan digerogoti ulat pun. Sedikit bawah itu, daun tua dan sudah ada kesan dimamah ulat. Daun inilah yang patut diambil.






Daun tua itu direbus selama lebih kurang 1 jam dengan api perlahan. Tambahkan bunga Misai Kucing (aku tak pasti kenapa abang aku campurkan). Biarkan sejuk dan botolkan. Simpan dalam peti sejuk. Best serve when chilled! Kata abang aku.


Dos: minum dalam kadar secawan dan tak lebih 3 cawan sehari. Tapi, kepekatannya? Aku tak pasti sangat. Aku tengok , lebih kurang 15 helai daun ketum, 5-6 tangkai bunga Misai Kucing dan air 2/3 dalam periuk sederhana besar (8 inci?). Direbus sehingga airnya surut menjadi 1/3 sahaja. Tak perlu tambah apa-apa.

Aku minum hanya pada waktu malam dan secawan sahaja sekali minum.



Selang 10minit, aku minum secawan lagi...
Selang 15 minit, aku tibai secawan lagi.
Dan aku mimpi yang indah-indah, dalam jaga!

... so high... so high.... hahaha





.

9 comments:

ckLah @xiiinam said...

Biar betul Nizam ni.....

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Betul la. Tu gambor pokok belakang rumah. Sedap kak...

hairul said...

baru tau rupa daun ketum....
lepas ni boleh buat sendiri hehehe...

tasekM said...

kompom. aku nk tanam belakang rumah! mana nk dapat anak benih nih...?

hahahaha...

:p



.

Insyirah said...

Mimpi indah-indah dalam jaga? Biar betul bro ni..

pssst: OooOooo..cenggitu ya rupa daun ketum.

ckLah @xiiinam said...

ckLah baru balik mesyuarat dgn cikgu2 BM daerah...Sabtu ni kena ganti Tuan Haji Alias....jadi Hakim Audit dalam sebuah pertandingan sebab dia tak dapat datang....ingatkan nak ambik gambar dengan dia unuk masuk blog....tak jadilah nampaknya...

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
Nanti kalau nak mimpi dalam jaga, bagi tau la...

TM,
Kalau nak anak benih tu datang ambik sendiri kat kampung. Aku tak nak bawak, takut kena tangkap lak...

Insyirah,
Tak de lah...
Yang high tu kalau minum banyak sangat. Kalau setakat secawan tu tak ade menda cuma terasalah kepala ringan sikit...


CkLah,
ye ke... Sabtu lepas sepatutnya dia balik kenduri kat kampung tapi clash dgn jadual dia kat K.kangsar.
Kalau ambik gambar dia pun, rupa aku langsung tak sama dengan dia... hehehe

Alina said...

ooo bleh buat industri minuman ketum nih!

Nizam.Ariff said...

Alina,
Aku rasa macam nak propose kat Orang Kampung buat minuman ringan ni la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com