Friday, July 3, 2009

Tazkirah: Pengajaran dari sesuatu yang kini telah kosong

.

Tadi aku berJumaat di masjid yang sama, menaiki kuda api yang sama. Sama seperti sebelum- sebelum ini.

Sesampai di situ, aku lihat Paku Payung sedang bersila tunggu aku. Sama seperti sebelum- sebelum ini.

Bila aku sampai, aku berdiri tunggu mu'azzin habiskan azan pertamanya sebelum aku solat sunat. Manakala Paku Payung masih bersila di sebelah aku berdiri. Sama seperti sebelum- sebelum ini.


Usai bersolat sunat, aku toleh kanan, aku toleh kiri. Hah! Kali ini ada sesuatu yang luar biasa daripada kebiasaannya, lain daripada sebelum- sebelum ini.

Masih ingat entri yang ini?



Tadi, buat pertama kalinya sejak bertahun-tahun ini, kerusi plastik itu tersandar pada tiang Masjid tanpa tuannya. Kosong!

Mana perginya orang tua yang sering bersolat dari atas kerusi plastik itu?
Sakit? Terbaring di atas katil hospital? Uzur di rumah? atau telah MENINGGAL?

Terasa kelainan Jumaat pada kali ini. Aku tak nampak orang tua itu dipimpin ke dalam dan dipimpin semula keluar oleh jemaah lain (aku tengok je, orang lain yang pimpin sebab aku kan pemerhati... hehehe)


Aku harap minggu depan aku dapat lihat orang tua itu bersolat semula di situ...







Pengajaran: rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara.


.

13 comments:

aza ni said...

kadang kadang bila korum yang selalu bersama tak datang terasa macam tak lengkap, kan?

ASH said...

agak agak la kan..nyosal tak sebab tak nolong pakcik tu sementara dia ada hari tu..?
pahal tu..
mana le tau kut ada BERKAH nya di situ..
mana le tau..kut kut lepas ni engko dah tak kena STRESS lagi bila tolong pakcik tuu..

MANA LE TAU....

ASH said...

TYPO:

'pahal tu..'
????
nak tulis
'pahala tu'

tertinggal pulak 'A' nya.

ibundo said...

mungkin sesuatu berlaku. Berlaku satu kemungkinan. Apa-apapun mungkin.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Betul tu. Terasa macam kosong. Lopong...

Psst: Kdg2 aku bawak hphone ke Masjid, aku bertazkirah secara 'live' dgn Tasek Merah melalui sms.. hehehe. jeles?


Ashley,
Nasib baik cepat-cepat betulkan. Aku ingat tadi ' Apahal..'
Hahaaha. Aku tak de le nyesal sangat sebab masjid tu ramai org. Lagi pun pakcik tu salah seorang AJK masjid tu. Dan dia ada restoran, dia bukak sejak berbelas-belas tahun lalu. Ramai sangat org kenal dia. Dia petik jari je berduyun org datang tolong.

Kakpah,
Aku tengok pakcik tu sakit kaki, berstokin. Aku syak dia kena kencing manis kut.
Tentang ketiadaannya, aku harap dia pergi Umrah la kut...

aza ni said...

nizam:sempat lagi sms bagai,ha ha ha,jeles sikit..hik hik hik...gelak ala tm..(dalam hati)

addyaholix said...

manusia macam tu lah. bila ada tak dihargai. bila hilang mula lah kelam kabut cari. aku tak kata ko bang. itu cuma perumpamaan.

tazkirah live dengan kak tasik? korang skandal ke apa? macam sesuatu je aku rasa korang ni bang nizam.

Yana Ismail said...

alaaahai..mungkin dia solat di masjid lain?erm

ckLah @xiiinam said...

dua tiga tahun lepas...ckLah jadi tukang hantar suami ke masjid untuk sholat Jumaat.....

...dan jadi pembawa kerusi pelastiknya......


Alhamdulillah sekarang tak perlu bawa kerusi pelastik...tapi mesti kena chop saf tapi sekali....

Insyirah said...

Doakan yg baik-baik utk pakcik itu :-)

Nizam.Ariff said...

Azani,
Masa tazkirah je. Bukan masa khutbah... ilmu, elok diwar-warkan.. hahaha


Addy,
Abih tu, no hphone je yg aku tau. Nak sms kwn2 lain depa pun g masjid sama.
Eh, Mama... yela, apsal aku tak sms Mama sekali...? heran sungguh aku.

Princess,
Aku tak rasa dia g masjid lain sebab dia memang qariah mesejid tu...

CkLah,
Semoga abang sembuh seperti sediakala.
Tadi, masa merayau kat pekan teluk intan, setiap Citra aku intai nombor platnya, mana tau terjumpa yang XIIINAM... tapi tak de... hik hik hik..

Insyirah,
Mari kita sama-sama doakan.

tasekM said...

mungkin dia dh sihat dan tak perlukan kerusi tu lagi...

:)

Nizam.Ariff said...

TM,
Andaian yang bagus. Atpi aku tak rasa dia bertambah sihat... aku rasa la.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com