Friday, May 22, 2009

Sementara boleh...

.

Seorang lelaki susap-sasap dengan kuda apinya. Bukan sebab nak cepat sampai ke Masjid untuk sembahyang jumaat tapi kerana kuda apinya terjemur di bawah mentari terik, pelana kudanya panas membahang. Bontot dah naik merah macam kena panggang. Itu tak apa. Yang lebih penting, lelaki itu tak mahu hidangan tengaharinya berlaukkan telur separa masak!


Menjejakkan kakinya di kaki lima masjid sesuatu yang mendamaikan. Jemaah masih belum ramai. Kemudian, lelaki itu masuk ke dalam untuk berwudhuk dan bersembahyang sunat. Sambil menunggu masuk waktu, dia duduk bersila sambil fikirannya berlegar-legar sekitar perkara-perkara selain dari keduniaan.

Dia perasankan sesuatu. Tidak jauh di kirinya, seorang lelaki separa umur sedang duduk di kerusi plastik sambil bersembahyang sunat. Khusyuk. Kadangkala terdengar ayat-ayat yang dibacanya.

Lelaki yang masih muda belia dan sedang bersila itu memandang agak lama kepada lelaki separa umur itu. Hatinya terdetik, adakah dia hanya akan kerap sujud apabila fizikalnya sudah tidak mengizinkannya lagi untuk sujud dengan sempurna?

Perasaan bersalah kepada Tuhan menjalar dalam tubuh serta merta. Berapa kali dalam sehari dia bersujud dengan tubuhnya yang sempurna itu? Adakah apabila nikmat tubuh itu telah luntur baru dia ingin sujud semahu-mahunya?

Pertanyaan demi pertanyaan tinggal tak berjawab...







.

18 comments:

tasikmerah said...

nizam, percubaan agar dak azani tidak melalut dgn memasukkan n3 baru ni aku syak tak berapa nak berjaya la. tambah bab2 sujud nih... tak gitu bang azani?

muahahahaha.....



.

xiiinam said...

.....kuda api tu kau tambat kat mana masa kau iktikaf dalam masjid tu?






.
Soalan apakah?
.
.

Insyirah said...

Prnh sekali saya jatuh sakit teruk. Waktu itu, hanya mampu bersolat secara duduk. Tak mampu nak berdiri gagah seperti org sihat. Sedih juga, perasaan masa tu seolah² tak dpt nak lakukan solat dgn sempurna hanya kerana tidak dpt solat berdiri. Padahal solat itu bukan diukur dgn cara kita bersolat secara duduk ataupun berdiri, bahkan sujud menyentuh sejadah ataupun dgn tanda isyarat sahaja.

Betul kata² bro...selagi kita masih boleh solat, sujud, tahajud segala dlm keadaan sihat...moga kita hargai masa dan peluang yg ada sebelum ALLAH tarik nikmatNya itu.

Wallahua'lam.

ashley said...

hari tu si AZANI buat entry ingat lima sebelum lima...

Nizam. kitab kuning hari tu tak ulas details lagi tu.

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku teringat kakpah dan sujud tilawahnya. Aku yakin, Azani juga rajin begitu...
Apsal ko gelak semacam je tu? HAHAHAHA


CkLah,
Masa kat tempat keje, aku tambah kat tiang lampu. Tu yang panas tu. Boleh melecur woooo.... Kat masjid aku tambat kat bawah pokok. Teduh dan redup...
Apakah jawapan?

Insyirah,
sama-samalah kita ingat-mengingati diantara satu sama lain..err... maksud aku, aku ingat kamu, kamu ingat aku.
Eh! Bukan! Aku ingatkan kamu, kamu teringat kat aku.
Eh!, Bukan lagi! Kita sama-sama teringatkan masing-masing...
Eh! Silap lagi. Aku tak tau la nak cakap, TAPI kamu tau maksud aku, bukan?

Hehehe...


Ashley,
Aku kasik Azani sambung ulas la... ilmu aku sampai takat tu je.
Hehehe...

AZANI said...

tok tok tok..assalamulaikum,
azani in da house,maaflah lambat sangat sampai, tadi lepas jumaat tadi aku incident nanti aku cerita dalan ntri
tm: maaf la pagi tadi tah hantu mana masuk dalam jiwa aku, meraban tak tentu pasal, aku bila beragan ni memang mengarut.
cklah:eh, apa kabar?dah makan ke belum?Nizam.A tu panggil moto dia kuda api, agaknya kereta dia nak panggil apa tah?
Insyirah:duduk, baring,mengereng,janji tunaikan solat.Allah takkan kurangkan apapun ganjaran bagi solat yang sempurna.
ashley:jumaat tadi khutbah sentuh pasal belia,waktu muda sebelum tua, khatib baca hadith 5 sebelum datang 5,alhamdulillah memang mencari sangat bahan entri.InsyaAllah.
Nizam.A:biasanya imam yang bawa Assajjaddah subuh Jumaat akan buat sujud tu,makmum ikutlah, aku tahu kau tahu, aku kasi tahu kat aku je.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

cis...aku dah taip panjang komen...tiba tiba ter'diskonek' lak...dejeeei..ilang

nanti la aku taip lain...

nak pegi 'sujud' sat...!

Nizam.Ariff said...

Azani,
'Alaikum Salam. Aku kopius nih, aphal dengan insiden tu? Patutla entry ko 7 jam tak berusik...
Alhamdulillah, kami semua sihat sejahtera. Kamu je tu yang tak bagi tau apa ceritanya tadi...

Masa berJumaat tadi, microfon rosak. PA pun tak de. Aku rasa khutbah pun pakai hailer. Masa sembahyang, terasa macam kat Mekah. Ada makmum pass-pass 'Allahuakbar' kasi semua dengar.


Cikgooden,
Alahai... tak pe, aku tunggu. Aku selalu jugak kena macam tu.
Cepatlah, aku tunggu

Princess Liyana said...

Marilah kita sama2 beringat:)hargailah apa yg kita ada sebaiknye.

Nizam.Ariff said...

Princess!!!!
Seorang lagi bakal ibu...
Nasib baik kamu tak baca 2-3 entry sebelum nih, kalau tak, kamu juga bakal keliru.... hehehe

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

terinat pakcik tadi....lepas jumaat, terus celapak naik kuda api, yg terjemur tengah panas!

duduk jap, terlompat jerit..ha ha ha. Aku syak, mesti ada bekas lebam panas. Sah tak pakai seluar dalam..ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Itu adalah risiko kalau bela kuda. Aku syak, berudu-berudu dia dah mati separuh, bak kata Tasek Merah... hahaha

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

berudu?..ha ha ha...wei mana emei hang?

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Bukan aku yang cakap, Tasek yang cakap... hahaha. emei? ke emel? nizam.ariff@yahoo.com

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
err... jangan tunjuk kat sesapa emel aku tu...

tasikmerah said...

patut la mlm tadi aku tidor mcm tak berapa aman... rupanya mengkome ngumpat ye...

:p

cekguden tu nk share gambor berudu le tu mintak add email segala. muahahaha... den, ko jgn nk ngumpat aku dgn dak nizam ye... lain hr jgn harap le kita nk dating lagi. muahahaha... :p




.

Water Lily said...

Ya, setiap kali naik kuda api yang ditambat tengah panas..adoii..panasnya.

Neraka tak terbayang panasnya. Nau'zubillah.

Nizam, boleh akak minta no tel ko ngan TM?

Nizam.Ariff said...

TM,
Tidor ko tak aman sebab ko ingat mende lain kot... hahaha


Waterlily,
Kalau akak ambik, aku nak pakai nombor apa lak nanti? hahahaha
Lawak je, akak ambik le...

Sebenarnya, nombor tu mama punya. Aku pakai. AKu tak daftar hphone sebab takut CIA & KGB cari aku.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com