Tuesday, September 8, 2009

Bahasa cinta bukan bahasa yang mudah

.


Aku dan kamu
hanya berdua


Berdiri di tebing gunung tinggi, di pinggir laut
tangan kamu dalam tangan aku,
dan angin laut menyibak rambutmu, selalu


Kita memandang sayup putih kaki langit
bercantum, bersatu dengan biru laut
dan ombak memutih memecah batuan


Lalu kamu sandarkan diri kamu
erat ke dada aku, berkongsi hangat
berdakapan, melihat camar terbang


Aku ucap kata cinta itu, tetapi kamu tidak tahu
mungkin ucapan cinta aku asing bagi kamu
Tidak mengapa


Rapatkan telinga kamu pada dada aku
dengari degupan jantung aku
mungkin bahasa cinta yang ini
lebih mudah untuk kamu fahami







.

16 comments:

ckLah @xiiinam said...

Errr...glup...glup...glup....


...tiba-tiba ku rasa seperti...
...bernafas dalam air...

secangkir madu merah said...

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Err... dia org belum terjun ke laut lagi cikgu. Itu mungkin babak seterusnya, kalau si gadis masih tak faham-faham lagi.. hahaha

Atau, cikgu terharu dengan ayat akhir tu? hehehe


SMM,
Itu mungkin jawapan si gadis biula dah faham bahasa cinta sang jejaka itu... hehehe

ASH said...

aku rasa gadis itu tak nak rapat dengan CINTA hangit kamu!!
ha ha ha..

KASI ANTI klimaks lagi.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
ketiak aku tak hangit... dia suka...

Insyirah said...

Kenapa tiba-tiba berjiwang karat ni? Hikss..

Bahasa cinta itu tidak perlu complicated. Kadang-kadang tu, mungkin faham-faham sendiri saja. Ahaks.. Apakah saya pun berjiwang karat pagi-pagi hari lagi. Aduhai... :p

sue said...

dulu masa bercinta ngan kak ngah berjiwang karat cam ni gak ker?hemm...cam tak cayer jer...




.......tapi sekali sekala layan blues ok gak....(mater pun ngantuk la pagi-pagi ni...)

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Cinta orang lelaki, tak semestinya diluahkan dengan perkataan, dari mulutnya... itu kena faham dik, jangan nanti asyik demand kata cinta sayang dari Abang Tunang bila dah kawen. Ada banyak cara lelaki tunjukkan sayangnya...

Sue,
Dengan kakngah laaaagiii jiwang, sampai naik termuntah dia... hahaha. Dalam ni sikit je...

kucingorengemok said...

degup jantungku berkata
jangan peluk ketat sangat
adehhh, ko berat...

tasekM said...

kak ash, tengok. dak nizam bayangkan ko macam2.

hahahaha....

:p



.

Nizam.Ariff said...

KOG,
Bukan berat, tapi erat...
Apa salahnya kalau peluk rapat-rapat.. hahaha


TM,
Tak de la Kak Ash. Sebenarnya, aku bayangkan Tasek Merah... serius!

tasekM said...

bohonglah bang. kalau ko bayangkan aku, patut ada rangkap..

aku dan kamu
kikik kikik kikik
kikik kikik kikik
kemudian
muahahahahahaha....


:p

Nizam.Ariff said...

TM,
Itu bukan peluk erat... itu geletek pinggang masing-masing namanya... hahaha

addyaholix said...

bang nizam,
boleh bagi no phone mama bang? aku nak risik, ko ni romantik pada ayat yang ko tulis saja atau memang kau lelaki romantik. haha!

addyaholix said...

perghh aku siap komen lima entry ko bang. sebab dah lama tak jenguk jadi aku 5 in 1 kan sekali. cepat bukak entry-entry lepas baca komen aku bang. haha!

mesti ko senyum punya bang =)

Nizam.Ariff said...

Addy,
Hp aku pakai sekaranng ni adalah hp Mama sebenarnya, dia punya nama tapi aku yang pakai...hahaha aku tak daftar sebab aku tak nak CIA cari aku.

Addy,
Ya, aku terharu dengan cara kamu qadha komen-komen kamu... kamu begitu komited... aku rasa kamu telah bersedia untuk komited beristeri.. hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com