.
Malam itu, aku pandang Mama, Mama pandang aku. Jagad hanya termenung tetapi tenang. Setenang air di kolah mandi, tenang menunggu. Aku masih was-was nak teruskan. Aku unjukkan pada Mama, Mama kata dia rela basuh dari potong. Ok, sebagai lelaki yang bertanggungjawab, aku akan lakukannya untuk kebaikan bersama.
Aku sarungkan sarung tangan getah, bukan selapis tapi dua lapis. Aku tak mahu darahnya nanti menyerap ke dalam kulit mulus aku. Dan aku minta Mama sarungkan sebelah lagi kerana aku tak mahu cemarkan tangan-tangan aku.
Dengan lafaz nama Tuhan yang Agong, aku pegang pisau yang tajam. Tanpa was-was, aku benamkan mata pisau itu ke dalam daging yang lembut itu, masih segar. Darah mengalir lesu. Aku keluarkan segala isi perutnya. Aku potong mana-mana bahagian yang aku tak mahu.
Lebih kurang 15 minit, segala-galanya selesai. Kini tugas Mama pula untuk membersihkan kesan darah dan bahagian-bahagian tubuhnya yang tidak diperlukan lagi. Yang lainnya, Mama masukkan ke dalam peti sejuk.
Dan Jagad masih tenang melihat segala-galanya. Tiada esakkan, tiada raungan keluar dari mulutnya...
... walau aku tahu seekor kucing tak akan tahan melihat ikan yang segar.
.
6 comments:
Ko nak masak apa tu?
rebus???
.
.
.
.
aku dah agak dah ko nak siang ikan!
Ashley,
Alaa... buat-buat la terkejut campur risau... hahaha
haha..
dah agak dah msti ikan..tapi jalan cerita kalah kabir bhatia nur kasih..hehe
YCL,
Intro mesti gempaq. Ayat mesti mantap, walau citer hanya hampas kelapa... hehehe
siang ikan pakai glove? cis. hilang jati diri org kampung bang!
tasekM
Kejamnyaaa!!!!!
Ikan tu tengah bunting kan?
Hi..hi..
Post a Comment