Wednesday, March 17, 2010

Jeritan maut bergema dari atas sana ... screaming for death

.

Kadang-kadang, aku terfikir tentang manusia-manusia berserakah tinggi yang hadir menonjolkan diri di atas tanah yang di bawahnya awan ini, juga pokok-pokok yang tumbuh di atas kabus putih, yang akarnya terbuai-buai di tiup angin gunung. Mahligai yang berpusing-pusing bersama-sama gunung-ganang menghijau...


Oh, aku ingatkan tadi di sinilah tempat bersiulnya Cenderawasih!
Tempat ia bertenggek, minum pati embun. Bukan rupa-rupanya!

1. Manusia-manusia ini membayar dengan harga 12 buku roti Gardenia Classic (bukan jumbo pack) untuk naik ke atas kapal hantu ini hanya untuk menjerit-jerit??!!! Alangkah ruginya. Alangkah membazirnya sedangkan rasmai mereka di luar sana kebuluran. Kalau setakat hendak menjerit, di dalam tandas awam pun boleh.



2. Ah! Menjerit lagi??!!! Aku rasa, dalam bangunan serba hitam dan gelap itu, bukan patung-patung hantu yang menyebabkan mereka gigil dan menjerit. Aku tak tahu sebab aku tak masuk ke dalam sana. Walau bagaimana pun, aku syak mereka letakkan cermin-cermin yang besar di sepanjang laluan.

Ya, mereka menjerit kerana terkejut melihat wajah mereka sendiri. Sungguh mengerikan!!!






.

4 comments:

ibundo said...

aku penah sekali menjerit bagai hantu puaka. tu lah sekali. jeran.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Nasib baik tak kerasukan... hahaha

ASH said...

itu demer nak lepas tension tu..lantak komer le kan..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Apa ke jadahnya mereka itu semua menjerit-jerit? kata Karam Walia

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com