Wednesday, April 14, 2010

Budaya kematian... budaya yang kini diterima?

.

Kadang-kadang menjadi satu macam kebiasaan bila berziarah saudara terdekat yang meninggal, satu salinan surat kematian perlu diambil.


Tak lama dulu, saudara sebelah Mama meninggal di Melaka dan kami berziarah. Aku sempat menunggu ketibaan jenazah dari hospital. Ketika menunggu itu, aku lepak-lepak bawah pokok kelapa dengan orang-orang kampung. Agak ramai. Aku rasa arwah itu orang yang agak terkenal di situ.


Sambil lepak-lepak di situ, aku pun curi-curi dengar apa yang dia orang sembangkan, ye lah, aku orang luar, jadi aku dengar je la. Rata-rata orang yang bertemu dengan waris si mati ketika bersalam turut minta sesalinan surat kematian, untuk di berikankepada majikan sebagai bukti ziarah. Dan si waris yang faham, dan oleh kerana ramai yang minta, telah minta tolong salah seorang anak buahnya untuk fotokopi banyak-banyak untuk edaran.




Kelmarin, awal pagi, aku dapat panggilan telefon dari abang sulong yang salah seorang abang ipar aku telah meninggal dunia. Aku terus sms boss yang aku hendak pergi ziarah ke Perak. Zaman teknologi canggih manggih cenggini, di atas kubur pun boleh buat kerja kalau nak. Jadi, aku dan kompeni aku tak kisah sangat sebab ramai orang dan cuti aku masih banyak. Kata orang, kalau setakat aku yang tak datang ke pejabat, pejabat tak tutup.


Tapi, Mama jadi serba salah sebab itu adalah birasnya. Dan takkan nak minta salinan surat mati dalam keadaan sedih macam tu dari waris?


Kadang-kadang tuntutan majikan boleh mengganggu budaya kita.




.

8 comments:

kucingorengemok said...

eh betul lah... dulu masa mak kita meninggal ada sepupu mintak copy sijil mati, tah aku bagi ke tidak, haha... sapa nak layan time² macam tu!

Nizam.Ariff said...

KOG,
Aku setuju sesangat...tapi kan kalau tak, camner dia org nak datang ziarah, especialy kalau cuti tahunan dah sikit...

secangkir madu merah said...

alah amek je lah emergency leave...ok apa..kematian tu satu keajadian yg tak disangka2 kan? payahlah nak mintak surat mati dari waris yg sedang bersedeh itu..

Anonymous said...

paman

ni saje nak tukar topik...takde ke cita2 kisah bunian2 masa kecik2 dulu?best la..takpunkisah2 len ms tentera jepun ke? kakek tak cite ke?

Nizam.Ariff said...

SMM,
aku memang nak buat macam tu.. tapi ni kisah org keje kat kompeni yang towkey nye berkira giler...

Pojie,
Bagus gak tu... nak tukar tune kepada seram lak. Dah lama tak buat citer seram sejuk ni...

tasekM said...

tu yg ramai beli mc je tu kan....



.

ckLah @xiiinam said...

Betullah Nizam...saya perasan akan hal ini masa mak mertua meninggal tahun lepas...entah siapa-siapa, masing2 menuntut surat mati tu..

hairul392 said...

betul tue..
sebab dah biasa mana2 syarikat nak macam tue.. nak bukti.. bukan kita nak tipu..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com