.
Sedikit masa dulu, aku ada cerita tentang buah Mahogani also known as Buah Tunjuk Langit. Sesetengah kata Skyherb.
Dulu. Aku ada beli beberapa kelopaknya. Dulu. Aku ada cuba beberapa kuacinya. Dan memang benar, ianya sangat pahit. Jadi, aku berhenti. Dulu.
Seminggu dua ini, aku dapat 'kecaman' daripada individu itu. Aku dah beli tapi tak makan. Katanya, setakat pahit ubat, ada penawar di dalamnya. Ya, satu motivasi untuk aku.
Kini. Seminggu ini, aku teruskan makan setiap hari. Ya, memang seperti nama buah itu. Memang kerap menunjuk ke langit. Cuma, kalau dalam rumah, tak nampak langit. Jadi, ia tunjuk ke arah Mama.
Dengar kata, ia baik untuk darah tinggi dan kencing manis. Tapi, aku tak ada kedua-dua itu. Malah, tekanan darah aku rendah. Bagi aku, walau pahit namun mungkin ada kebaikkan dalam kepahitan itu.
Ya, yang pahit itu biasanya ada kebaikkan. Bukan setakat kepedihan dan kesedihan. Ada sesuatu yang turut terpadu bersama-sama rasa pahit itu.
Campurkan dengan madu lebah, misalnya...
.
7 comments:
tunjuk ke arah mama? uihh, dia tak ngeri ke? hehe
KOG,
Bukan ngeri, tapi suke... hahaha
Apa ko cerita ni Zam,kejap2..baca sekali lagi.
Slow pulak otak ai pagi ni
Waterlily,
Ok.. aku tunggu.. hahaha
aku tu hr rasa la sikit buah tunjuk langit yg darren makan. mak aiiiii... bapak segala pahit. mau 2 minggu juga gamaknya aku nk lupakan kepahitannya tu...
.
TM,
Kalau nk hilangkan rasa pahit tu kena la campur madu...
ayah pon makan gak skyherb ni.
mula2 beli sekelopak pastu dia beli sekuntum skyheb. pahit sangat.. x terkata!
Post a Comment