.
Kami berdiri membuat satu bulatan di tengah-tengah bilik itu. Begitulah setiap pagi. Bermesyuarat secara berdiri setiap pagi. Tak lama, sekitar 15 minit. Cukup untuk beritahu apa yang penting semalam dan hari ini. Kalau tak ada nak dikongsikan, gelengkan sahaja kepala. Atau kalau kaki dah penat berdiri, pakat-pakat jangan highlight apa-apa.
Tiba giliran aku bercakap.
"Salam semua.... malam tadi, 2 kali saya...... *pause*..."
Terasa macam ada semut berlari-lari dalam hidung. Macam semut. Tapi bukan. Naik berair mata aku menahan bersin.
"Wow! 2 kali..." senyuman sumbing.
" 2 kali saya terima SMS dari si polan bin si polan berkenaan ... bala.. bla.."
Walau pun aku sambung ayat tu semula, sengihan mereka masih tetap ada...
.
4 comments:
sebelum buat bulatan tu, pegang pegang tangan dulu tak. Ala.. macam budak tadika.. Pegang tangan dulu, bila dah bulat baru lepas.. Pastu kena berdiri tegak-tegak..
Kakpah,
kami buat bulatan pakai anak mata je...
memang seminggu la ko jadi bahan, kan....?
hehehe....
.
TM,
Alah bisa tegal tu biasa je le... hahaah
Post a Comment