.
Mengenali potensi diri. Impotensi? Bukan. Cuma potensi tanpa I dan M. Atau I am? Mungkinkah boleh tulis I-am-potensi? Ayat rakus yang menjadi hantu kepada 1:40 umat manusia. Ia adalah hantu kerana ia sering menghantui mereka.
Berkenaan potensi diri, sesuatu yang terpendam itu telah ada dalam diri. Tapi mungkin perlukan orang lain untuk memberitahu tentang kita. Cermin. Menjadi cerminan kepada diri kita sendiri. Dan cermin-cermin itu telah banyak yang kaya raya.
Jangan lupa, potensi itu bukan 'real'. Bukan sesuatu yang ada. Ia cuma 'bakal' ada. Jangan berharap sangat. Kadang-kadang, potensi itu lebih baik dibiarkan kekal menjadi potensi selama-lamanya. Mana tahu kalau-kalau bila dijarah (explore) potensi itu, sebenarnya ia bukan potensi yang menghasilkan keputusan yang kita harapkan. Ye lah, ia cuma potensi sahaja. Bukan sesuatu yang 'real'. Ia cuma sesuatu yang 'mungkin'. Mungkin jadi, mungkin juga tak jadi.
Jangan percaya sangat dengan potensi diri. Lebih-lebih lagi jika ia dikatakan oleh orang lain. Kadang-kadang ia hanya plasebo. Sesuatu yang mempengaruhi minda kita untuk mempercayai sesuatu yang sebenarnya tak ada. Ambil hati, juga satu kemungkinan.
Jangan terkeliru antara 'potensi diri' dan 'kelebihan diri'. Kelebihan diri adalah 'real'. Kelebihan itu disedari melalui pengamatan dan kesimpulan tentang perkara yang telah lepas. Telah terbukti, maka kita akan tau itu adalah kelebihannya. Bukan potensi lagi.
Jangan terlalu memikir sesuatu yang tak pasti, fikirkanlah sesuatu yang pasti. Mati, misalnya. Potensi dan impotensi sesuatu yang berlawanan dalam beberapa hal. Namun, masih ada persamaan antara kedua-duanya. Potensi dan impotensi telah menjadikan ramai orang kaya dengan menjual produk-produk yang berkaitan.
Aku tiada potensi.
.
4 comments:
saya berpotensi menjadi seorang suri rumah berjaya, berbanding pekerja di pejabat yang berjaya... eh itu berharapan, bukan berpotensi :)
KOG,
Ko memang mempunyai kelebihan jadi suri rumah berjaya, bukan berpotensi lagi dah... hahaha
aku setuju. tapi ayat akhir tu aku tak pasti.
.
TM,
Betul... aku bukan spesis yg disegani, juga bukan spesis yang berbahaya.. percaya? hahaha
Post a Comment