Thursday, June 17, 2010

Rebung Buluh....

.

Dalam perjalanan turun dari puncak gunung itu juga, aku telah melewati beberapa pondok jualan orang asli yang menjual hasil hutan.


Kepala aku asyik berfikir, macam mana kehidupan orang asli di situ sebelum jalan raya ini wujud. Apa yang mereka makan? Apa yang mereka buat? Contohnya, seorang pemuda berusia 35 tahun ketika ini, apa yang dia lakukan pada pukul 3pm agak-agaknya?


Semasa memandu itu, aku tercari-cari sesuatu. Mama tanya aku. Aku kata, aku cari denai-denai kecil. Mereka mesti gunakannya untuk berhubung dengan dunia luar, paling tidak untuk membeli garam gula. Aku tanya Mama, dia orang makan apa? Beras? Aku tak nampak pun sawah padi. Aku tanya Mama lagi, agak-agaknya pagi tadi dia orang sarapan apa?

" ... tanya kita... macam la kita ni orang asli duduk kat sana tu..." jawab Mama.




Di pondok jualan orang asli yang ke dua terakhir, aku berhenti. Ada sekumpulan orang asli berniaga di situ. Bukan. Aku bukan nak tanya mereka sarapan apa pagi tadi. Aku mahu membeli rebung. Aku juga tanya, bagaimana nak buat sayur rebung. Makcik yang menyusukan budak kecil itu pun beri panduan. Seorang lelaki, mungkin adiknya kalau bukan sepupu atau suaminya, memberikan maklumat lebih lanjut... " rebus dalam 30 minit... buat 2 kali..". Terima kasih, aku cakap.




.

2 comments:

tasekM said...

30 minit buat 2 kali....? aku kalau nk buat 2 kali nk kena rebus 1 jam setengah....

kih kih kih kih....






aku balik dulu la yek....?

:p




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Erk.. semacam je bunyikk nye tuh... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com