Kawan Mama minat memancing. Dia memeng terer memancing pun. Ada saja yang dia bawak ke opis kasi Mama. Sebenarnya, memang aku pun yang suruh tanya kalau-kalau ada rezeki lebih tu, bolehlah bagi sikit kepada kami. Aku memang suka makan ikan 'darat' berbanding ikan 'laut'. Entah kenapa. Mungkin kerana aku ni anak sawah, jadi dah terbiasa dengan ikan 'darat' ni.
Masa kecik-kecik dulu, musim padi cuma 2 kali setahun. Bukan macam sekarang yang dah nak 3 musim setahun, ikan tak sempat nak besar. Ikan sawah rata-rata perlukan 4-6 bulan untuk lengkapkan kitaran peranakan keturunannya. Kalau dah 3 musim setahun, tak cukup haul dia nak menetas dan membersar untuk menjadi matang dan bertelur lagi untuk generasi akan datang.
Oleh kerana dulu musim bersawah hanya 2 kali setahun, setiap musim menuai akan banyak ikan-ikan 'darat' yang berlonggok dalam 'londang' atau kolam kecil yang dibuat pada setiap petak sawah. Paling banyak ikan sepat.
Masa inilah biasanya banyak ikan-ikan sepat dibuat kering. Dan banyak juga yang bertelur dalam perutnya. Telur-telur ini akan kami kumpul. Kadang-kadang sehingga penuh sepinggan.
Telur-telur ini akan digoreng oleh kakak, atau kalau lebih rajin akan di 'pais' dalam daun pisang. Aku lebih suka yang digoreng sebab aku suka meratah telur itu. Banyak pula tu. Dan telur ikan yang digoreng ini memang banyak minyak ikannya dan segala jenis DHA dan Omega Plus lagi.
Dan satu lagi, bila dah banyak makan telur ikan goreng, satu masalah lain akan timbul. Minyak dari telur ikan tu akan meleleh keluar ikut bontot. Pelincir. Payah nak hentikan walau dikemut sekuat mana pun, habis lama pun nak kemut bontot adalah 10 saat, lepas tu otot-ototnya kendur balik dan melelehlah minyak ikan tu.
Kadang-kadang siap pekup pakai tangan sambil berlari ke tandas. Tapi serius, minyak ikan yang keluar dari bontot baunya tak sewangi minyak ikan kod emulsion tau! Percayalah, sebab aku pernah cium 2-3 kali...
.
Friday, July 2, 2010
Cerita Tentang Telur... dan bontot yang melecet
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Cheit....busuk punya cerita kalooooo...he...he..he..
....lepas ni kalau nak salam dengan kau, cklah kena pastikan...bahawa kau bukan lepas memekup tangan kat situ...hi..hi..
yg pi cium tu buat mende....?
:p
tapi gambar telur tu sungguh menggoda..... aku tergoda!
ha ha.
.
Cklah,
Takpe, aku salam tangan kanan.. hehehe
TM,
Otomatik tercium hahaha... telurikan tu kecil2 la.. telan je...
Post a Comment