Monday, July 5, 2010

Garam di laut, ikan disawah...

.






Weh, musim menuai nak tiba tak lama lagi.



Hari tu aku tengok padi dah tegak berdiri, dah kejap batang-batangnya menusuk ke tanah sawah. Tak lama lagi, padi-padi tu akan mengembung dan bunting. Ada sesuatu di dalam batang-batang yang ingin tersembul, itu sebabnya dia 'bunting' umpama betis anak dara yang mandi dan mencuci kain baju di atas pelantar parit kecil.



Padi bunting itu akan pecah dan tersembullah setangkai buah padi yang masih muda, kepet, berdebunga dan berwarna hijau. Debunga itu akan dihembus angin petang dan melekat pada biji padi. Biji padi yang hijau dan kepet itu akan mula mengembung dengan susu putih. Akhirnya, susu putih itu akan mengeras menjadi beras manakala warna kulit biji padi itu akan bertukar dari hijau muda kepada kuning. Sedia untuk dituai.



Bila sahaja bunting padi itu pecah dan sekitar separuh petak sawah dah mula kelihatan biji padi yang muda itu, ini adalah masa yang sesuai untuk keringkan air dari sawah. Paip air masuk akan ditutup dan paip air keluar akan dibuka sedikit.



Ketika inilah, ikan-ikan akan berkumpul dalam parit-parit kecil dan londang / kolam buatan. Air londang akan keruh dek kocakkan ikan yang berkumpul. Londang semakin kering dan ikan-ikan yang kurang berdaya saing akan timbul dan mati. Ketika ini jugalah memerang dan burung akan berpesta riang kerana mendapat makanan mudah - ikan yang terperangkap.




Ketika inilah juga, kami akan menimba londang dan menggagau ikan. Paling sedih bila nak tangkap ikan puyu dan ikan keli.


Mengangkap ikan puyu umpama menyerahkan tapak tangan kita kepada pengukur kelapa. Bila dia bergolek-golek dan kembangkan insangnya, kalau letak ubi kayu boleh jadi ubi sagat. Tapi ikan puyu amat enak dibuat pindang. Manakala untuk anak puyu yng baru sebesar ibu jari, Arwah Bapak akan buat sambal jelatah (nantilah aku citer).


Menangkap ikan keli perlu ada cara. Kena hati-hati dengan sengat (sondak) pada kiri dan kanannya. Berbisa, tapi tidaklah sebisa ikan sembilang. Namun, ia masih berbisa dan kalau sekali disengat di tapak tangan, dalam beberapa minit celah ketiak akan berdenyut dan bengkak. Lebih sakit kalau kena sengat ketika matahari nak naik ke ubun-ubun kepala. Dia punya denyut mengalahkan 'junk disco'...


Ikan keli ni kalau dia rileks atau nak bergerak pantas, sengatnya (sondak) akan dilipat kemas tersimpan pada badannya. Tetapi, bila ia marah atau terancam, ia akan menegangkan sengatnya (sondak) dan akan terdepang, terkangkang. Waktu inilah yang paling berbahaya ketika sessi menggagau guna tangan kosong. Walau sepayah mana pun menangkap ikan keli, kalau dipanggang dan dicelup dalam sambal santan (nantilah aku citer) segala penat lelah akan hilang. Badan pula tengah penat, baru naik dari berendam dalam air. Tentulah lapar, nasi seperiuk pun boleh habis dihadap sorang-sorang. Hantu Raya pun naik segan dengan kita orang.



Biasalah, masa kecik-kecik, menggagau ikan tak pakai baju sebab londang itu berlumpur, payah nak hilangkan bau tanah dan warna baju pasti kuning dan kelabu tahi anjing. Pasti menjadi bahan leteran Emak. Eloklah berlenggeng. Tapi, kami masih berseluar. Berseluar pendek. Seluar dalam? kalau dah sunat mungkin pakai. Kalau yang belum sunat tu memanglah tanpa seluar dalam. Tak perlu sebab tak geli lagi.


Banyak berlaku kes-kes dimana ikan-ikan yang terdesak dan terperangkap dalam selut akan bermatian-matian melompat atau meluru keluar menyelamatkan diri. Benar seperti kata pepatah, tikus yang terkepung boleh menjadi harimau. Ikan-ikan haruan biasanya akan melompat kuat ke arah dada dan pipi. Seperti kena tumbuk. Ada juga yang sesak nafas bila kena tumbuk dengan ikan haruan sebesar 1 kg atau lebih.


Paling sadis, jika ikan puyu atau ikan keli meluru masuk ikut kaki seluar pendek dan memanjat ke pangkal peha... waduh!!!

Kena pula tanpa berseluar dalam, mau senak dibuatnya. Itu sebabnya orang perempuan tak boleh diajak menggagau ikan, bahaya... boleh hilang dara.






.

5 comments:

tasekM said...

boleh hilang dara....? ko biar betik...?

ikan tu pun... celah2 situ gak la dia nk masuk pun....


:p


.

Anonymous said...

ni ikan hibrid ni....intelligent ni...hoho...buat smbal santan msti pemakan jadi bijaksana...

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku citer memang betul...ikan tu suka lari ke celah-celah mana yang dia sempat... celah kangkang memang feveret dia... hahaha

Pojie,
Sebelum cicah sambal santn, bakar dulu ikan tu... perghhh! best giler...

KELI OH KELI said...

jom lawat blog ikan keli...1001 cerita ttg ikan keli...

Nizam.Ariff said...

keliohkeli,
Banyaknye ikan keli...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com