.
Setiap kali aku terbaca pasal drama bersiri macam ni, lebih-lebih lagi kalau petang-petang, aku pasti teringat bulan Ramadhan.
Ye la, petang-petang Ramadhan biasanya disajikan dengan cerita-cerita berkaitan keagamaan.
Dan satu lagi, aku pasti teringat tentang kesibukan ibu-ibu sedang memasak untuk juadah berbuka puasa.
Masa aku kecik-kecik dulu, oleh kerana aku yang bongsu dan masih di rumah emak (yang lainnya dah berkerjaya atau di asrama), akulah anak teruna dan anak dara emak. Jadi, aku selalu tolong emak di dapur. Potong-potong mana yang patut, cari pucuk paku, pucuk ubi, pucuk kangkung dan buah-buahan. Itu kerja tambahan aku. Kacau gulai dalam periuk, kacau sayur dalam kuali. Paling tidak pun, kupas ikan bilis sambil melayan sembang emak. Selalu juga aku jadi tukang rasa masakan emak: asam, garam, gula, pedas, lemak.. cukup atau tidak. Mana-mana yang terkurang, aku la yang adjust sebab emak selalu suruh ikut selera aku.
Kalau tetamu datang, emak dan bapak akan layan. Aku pula akan cepat-cepat ke dapur buatkan air minuman dan susunkan biskut kering dalam piring. Kemudian, aku tatang ke depan. Kalau pun emak ke dapur buat air dan hidangan lain, pasti aku juga yang tatang dulang air ke depan sebab satu jag air bersama 4-5 gelas kaca memang berat untuk emak. Jadi, asyiklah aku muncul di depan tetamu sambil menatang air minuman.
Oleh sebab itu juga, ramai makcik-makcik berkenan nak pinang aku jadi menantu dia! Aku tak tipu. Ada 5-6 makcik-makcik yang panggil aku menantu dia walaupun aku belum sunat lagi masa tu...
Dalam bulan Ramadhan pula, tugas aku ialah buat air ikut selera aku dan cari buah-buahan. Itu tugas rasmi aku. Masa tu mana ada drama bersiri petang-petang. Elektrik pun tak ada lagi.
Dan Ramadhan akan menjelma lagi... aku rindukan saat-saat begitu. Saat bersama-sama dengan Emak menyediakan juadah berbuka puasa. Lebih-lebih lagi sekarang ini yang sibuk dengan kerja, tak ada masa nak buat juadah berbuka puasa dan emak pula jauh di kampung.
Takpe, aku cuba juga bantu Mama....
.
7 comments:
Aku tau...
ko bantu beli bubur lambuk kat pasar Ramadhan...
.
.
.
ini info siaran ulangan ke?
AShley,
Nama pun imbasan Ramadhan... tapi aku ada cerita ke bab ni? tak de la..
dulu aku cerita bab ais takung 20sen seketul...
Aku tak gemar sangat bubur lambuk sebab macam muntah jin. Aku suka makan kolak pisang...
apsal cerita mak-mak ni....? tetiba plak aku jd sayu. aku dah la lama tak balik kampung. haih...
aku kan. tetiap kali ramadhan aku jadi sayuuuuuuu.... ntah tak tau kenapa...
.
dulu pakai lampu ape paman?
lampu kabat ke lampu myk tanah je? inkuiri..
banyak pengalaman kau. mesti tak kekok nolong mama masak kat dapur..
Rugi tak kenal lama dulu...kalau tidak, tentu dah ku pinang teruna sunti tu...
TM,
Apa lagi, jom la balik kampung...
Pojie,
Dulu masa sahur pakai lampu minyak tanah je... dan standard air ialah teh O panas...
Kakpah,
Aku selalu gak tolong Mama, tapi mama rimas kalau aku tolong dia... hahaa
Cklah,
Auuw!... I malu la... (lari masuk bilik)
Post a Comment