Wednesday, February 8, 2012

Kisah di pintu lif...

.


Rosnizar merasa jeran setiap kali dia melangkahkan kakinya keluar dari perut keretanya. Bukan kerana dia suka mendengar ngomelan deejay di radionya dan bukan juga kerana keenakkan pipinya dibelai udara sejuk dari corong pendingin hawanya. Rosnizar jeran kerana setiap kali dia pulang dari kerja senja-senja begitu dia terpaksa menghidu bau hapak di tempat letak kereta bawah tanah itu. Dia juga benci apabila dikejutkan dengan bunyi-bunyian yang bergema di tempat letak kereta di bawah pangsapurinya.


Selama ini dia anggap bunyi-bunyian itu datangnya dari tikus yang berlari-lari atau kucing yang bermain tin susu yang bergolek. Namun, berita yang tidak sedap untuk dikhalwa-telingakan sejak 2 minggu lepas telah menyentap saki-baki beraninya yang masih ada. Penduduk pangsapuri itu sekarang ini heboh dengan gangguan yang berlaku di pangsapuri mereka. Itu juga menyebabkan jeran si Ronizar itu bertambah.


Dengan satu tarikan nafas panjang, Rosnizar matikan enjin keretanya dan dia capai beg tangan yang diletakkan di sebelah kerusinya. Dia sempat melirik ke sekiling jika ada sesiapa yang juga baru pulang. Tiada. Dia keluar dari keretanya dan seketika kemudian, penggera keselamatan keretanya dihidupkan . Lampu kalimantang di basement itu tidak terang kerana telah diungguli oleh sawang. Pangsapuri lama, begitulah keadaannya.


Dia lajukan langkah kakinya ke arah lif yang berhampiran. Bau udara hapak di basement itu menyengkak hidungnya. Dia tak suka bau itu, terasa sesak nafasnya. Setibanya di pintu lif, dia tekan butang 'naik'. Sambil menunggu lif itu turun untuk mengambilnya, dia berdiri membelakangi pintu lif. Dia tak mahu jika ada sesuatu yang datang dari arah belakang. Apabila lif masih belum sampai, dia mula merasa geram. Dia tenung pintu lif seakan-akan pintu itu akan terbuka dengan kuasa pandangan matanya yang tajam.


Dia rasakan lif itu turun agak perlahan pada kali ini. Dia tak sabar. Bau hapak terlalu kuat menyebabkan nafasnya ditahan-tahan. Apabila nafasnya ditahan-tahan, jantungnya berdegup kencang. Dia ketuk-ketuk tangannya pada pintu lif yang masih belum terbuka, lif masih belum sampai. Dia tekan-tekan punat 'naik' beberapa kali, tak sabar rasanya.


Akhirnya, loceng lif pun berbunyi sekali menandakan lif sedang berhenti. Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka secara mendadak dan serentak itulah ada satu benda hitam sebesar buah binjai bergolek-golek di atas lantai lif dan terus melompat ke mukanya. Rosnizar terkejut tanpa boleh berbuat apa-apa. Dia hanya terkaku apabila benda hitam melekat pada mukanya dan perlahan-lahan masuk ke mulutnya yang ternganga luas. Mata Rosnizar terbeliak, benda hitam sebesar buah binjai itu terus memasuki tekaknya. Nampak jelas batang lehernya mengembang apabila benda itu mengorek tiub tekaknya dan masuk ke perutnya.


Bibir Rosnizar penuh dengan lendir yang dikeluarkan oleh benda hitam itu. Rosnizar masih tercegat di depan pintu lif, tak bergerak dengan mata terbeliak. Sangkar dadanya mengembang apabila benda itu berada di rongga dada. Butang-butang blausnya seperti mahu terputus. Kemudian, perutnya pula membusung. Benda itu pun diam di dalam perutnya.


Pintu lif pun tertutup perlahan-lahan lalu naik ke tingkat atas tanpa Rosnizar...






.

16 comments:

aza ni said...

sempat makan buah binjai....ha ha ha...ni tulisan terkini?

Nizam.Ariff said...

Azani,
ko pernah makan buah binjai?
Ada yang manis, ada yang masam... yg masam tu dibuat sambal belacan.. memantol weh...

tasekM said...

pesal tetiba buat citer hantu lak nih...?


.

Nizam.Ariff said...

TM,
kasi seram kat orang naik lif lak...

keh keh keh...

alien pakai lipstick said...

Ko ni kan.buat aku berkerut tau membaca.mana ko dapat idea ni?..dah le perut aku memang tgh bergelodak ni..

Nizam.Ariff said...

alien pakai lipstick,
errr... fikiran kita bersambung, itu sebabnya.... keh keh keh...
cepat g tandas... tapi jenguk2 gak kat bawah tu, mana tau tiba-tiba ada lembaga hitam keluar... kakaka

alien pakai lipstick said...

Fikiran kita bersambung?haha.elok gak tu..ko tulis bagi pihak aku. blh?kehkeh.

secangkir madu merah said...

buah binjai duduk dlm perut? nanti mesti tumbuh pokok keluar kot mulut ni kan?

Nizam.Ariff said...

alien pakai lipstick,
nanti aku bagi sketsa lain lak ek.. hahaha

Nizam.Ariff said...

SMM,
hah.. itu lagi ngeri
perut terbarai.. sambngan cerita tu lagi....

sepa said...

eh. kejap.
apsal tak da paragraf berayat yg ko terdengar azan subuh, dan ko bangun dari tidur...
cerita betul2 ke.?
:)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
yang ni tak de terjaga dari tidur ke apa ke... biarlah dia kekal sebagai imaginasi ngeri dalam kepala ko. Eh, ko tak ada lif, mana nak rasa....

alien pakai lipstick said...

Lif tu tak ngeri.apa rosmizar rasa lepas binjai tu masuk tu yg ngeri. Ceh!!!!!!!!!

Linda said...

benci!
nanti aku terbayang-bayang bila naik lif!

Fadhilah Maarif said...

nasib baik kat office tak de lif....lalala...

Nizam.Ariff said...

alien pakai lipstick,
hahaha.... bayangkan buah binjai berlendir masuk ke dalam perut... keh keh keh



BK,
Hati-hati ek?

hahaha



FadhilahM,
nanti aku ceritakan pulak kisah balik malam-malam naik kereta lalu kawasan ladang kelapa sawit yang sunyi... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com