Thursday, March 17, 2011

Minum air kelapa pandan dan biji mahogani

Gemersik bunyinya.

Sambil minum-minum air kelapa pandan di Taman Maju, Jasin, aku melangak-langak ke atas pada deretan pokok Mahogany yang kiri dan kana bahu jalan di situ. Kemudian, aku jalan-jalan di bawah pokok-pokok itu sambil mencari biji benih yang seakan-akan buah sena.


Tak sampai 20 langkah, aku dapat beberapa biji Buah Tunjuk Langit yang tersohor itu.

Aku kupas sebiji untuk keluarkan biji benihnya yang serupa kuaci biji labu. Aku hancurkan dengan kuku dan aku telan bersama-sama air kelapa. Selebihnya, aku letak di atas meja. Mama tolong buang mana-mana bahagian yang tak perlu.






Saja post entri ni malam-malam begini....

Saja jer...




.

18 comments:

aza ni said...

baru aku faham
supply direcct dari jasin
kena kunyah biji dia ke?tak payah rebus....?

Nizam.Ariff said...

Azani,
kalau kunyah pahit... aku pecah2kan, letak atas lidah, aku telan dengan air. biar perut yang kunyah... Ya, sepanjang jalan di pekan jasin ada pokok tu.

aza ni said...

Ya Betara Guru
Kiranya hamba merantau ke jasin dalam sepekan dua ini, akan hamba dapatkan .Insya Allah.
Terimakasih.

Cikgooden said...

pokok kote mamak pernah tengok?...saja la tanya pagi pagi jemaat nih..

aza ni said...

dah cikgu...ada web orang letak gambar buah tu...real punya tak pernah..

aza ni said...

salam cikgu, salam zam

tasekM said...

pehal pulak lelaki-lelaki ni semua lambat na tidur memalam jemahat nih...?



;p





.

ibundo said...

tasik, kehkehkeh...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku tk jamin sentiasa ada sebab setiap pagi ada apek tua bawak guni baja kutip buah tu...kalau ada rezeki, ko dapatlah..


Cikgooden,
Aku macam pernah dengar tapi tak pernah tengok real punya... apa khasiatnya?


Azani,
Waalaikumussalam... sama maamko gak.


TM,
Kita orang saja nak regang-regang pinggang dan lutut... yang ko ni bangun awal ni, dah mandi ke belum?


Kakpah,
Selamat pagi kakpah... bagaimana harimu? hahaha

attholib said...

petua malam jumaat ke tuan? hehehe

Nizam.Ariff said...

M.Attholib,
Malam jumaat dan malam-malam seterusnya... untuk kesihatan... hahaha

aza ni said...

sek,
kau malam jumaat selalu tidor awal, bangun lewat ya...

ch ch ch ch

secangkir madu merah said...

kalian bercerita tentang hebatnya membaca surah yassin di malam jumaat ye..? Alhamdulillah..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tasek HARI-HARI tido awal, BANGUN pun awal gak...


SMM,
Hahaha.. akak nakal taw.. auuuwww!!!





.

aza ni said...

zam yang tu aku faham, dia kan hariMAU....

ades...kena libasan pari dari SCMM...birat deh...

salam SCMM....:]

Nizam.Ariff said...

Azani,
Seraammmm... hariMAU JADI-JADIan... hahaha

Liena Mahmod said...

buah tnjuk langit??x prnah mkan lg..lau camtue kna g melaka ar lau nk mkan..bleh try mkan nie..

Nizam.Ariff said...

Liena,
Pokok Mahigani sekarang ni dah berlambak di tanam di tepi-tepi jalan... cuma nak dpatkan buahnya tu yang payah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com