Entah kenapa, sejak dua menjak ini aku asyik nak jadi 'devil advocate' jer.
Aku tak rasa pulak jadi macam setan!
Aku cuma rasa macam nak lebih kreatif, berfikir dari perspektif yang lain.
Berfikir dengan awalan soalan " What if....? "
Juga soalan-soalan yang seperti " Not this one...?"
Menjadi 'setan' seperti ini memang menyakitkan hati semua orang.
Dan aku yang sejak dua menjak ni memang macam nak rasa jadi 'setan', menyukainya... aneh!
Seperti anak-anak kecil yang bertanya bukan-bukan kerana naif.
Kadang kala, kenaifan itu juga menjengkelkan, bukan?
AKU
Simpan kuku Kharsaniku
Diamlah kau dalam dagingku
Lembut kau itu tidurmu
Simpan taring besiku
Diamlah kau dalam mulutku
Tumpul kau itu tidurmu
Simpan Tamingsari itu
Bukan musuh yang menjelma
Hilang kau itu tidurmu.
Jangan Aku kau gertak
Terbit jua pencak bersilang
Lima benua akan kupaku dengan kakiku
Ayuh !
[Wahai yang tidur
Bangun kau, bangun]
Kan kucakar, kan kuterkam
Kan kurobek-robek dada
Hati itu kan kulapah
Kan kukunyah mentah-mentah
Ayuh kau !
Siapa saja yang berani bangunkan Aku
Dari tidurku yang panjang
Ayuh siapa saja !
Kan kutancap Tamingsari ke bumi
Menjadi pagar perangkap
Ayuh siapa saja yang berani !
Tidur Aku bukan mati
Ayuh kemari !
.
16 comments:
kalau bawak bersidang kat parlimen ni bagus..ni...tinggi rendah langit he he he...
salam jumaat zam.
Azani,
Segar semangat ko nampaknya... hehehe
pehal main keris2 plak nih....?
*asah sabit*
.
TM,
Timpas... jom bertimpas!
ke.. ko nak pegi kebun? hahaha
timpas?
bahasa banjar tu...
ke org melayu pun sebut timpas hah?
.
TM,
tu bahasa ko la tu.. betul ke timpas?
ada vid timpas lah
http://www.youtube.com/watch?v=tyrukKKJ-HA
menurut kamus banjar on line
KAMUS MELAYU. » Kamus Melayu » Kamus (Lokal) Melayu Banjar » T » timpas. Kamus (
Lokal) Melayu Banjar ... timpas. v 1 tetak dengan parang panjang ...
betul betul betul...
pandai tau mat jawa nih...
kikiki...
:p
.
Azani,
tetak dgn parang... ngeri weh..
TM,
Azani ni jawa gak ker?
Mana no tau nih?
hati aku memang sakit dengan setan yang berkeliaran terutamanya pada tengahari jumaat ni.
err.. tak kesahlah kalau keluar topik pun.
Kakpah,
Ce Azan kat telinga dia orang kak.. hahaha
kakpah,
aku cadang ko bawa sabit tengah tengah Jumaat tu....tebas setan!!
.
.
.
aku bunuh setan time malam malam Jumaat.
kah kah kah kah..
ashley,
ish..ish.. udah-udah le tu kak..
bawak berehat.... tak penat ke?
HAHAHHAA
wife aku keturunan jawa,kira aku suami pada isteri yang keturunan jawa, agaknya ada kaitan dengan jawa juga kot.
tapi aku rasa dia cakap tujukan pada kau lah... zam.
Kakpah,
Ce Azan kat telinga dia orang kak.. hahaha
apasal mata aku nampak ada i
"Ce Azani kat telinga dia orang kak.. hahaha"
tanda setan banyak kat screen aku...gamaknya.
Azani,
Ye.. dia memang tuju kat aku. Tapi aku nak babitkan ko sekali... biar 2 lawan 1.. hahaha
Azani,
mata ko dah blur tu.. lama sangat ngadap PC... hahaa
Post a Comment