Thursday, March 10, 2011

Terpedaya

.

Aduhai, memang alangkah aduhainya...

Susuk ini begitu zahir sekali kepada mata bathin.
Hinggakan pandangan lain terhalang.
Sial sungguh jiwa ini jika nasib jua yang terbatas mencari lokan yang hilang, jatuh di lautan dalam.
Penat sungguh mencarinya, hingga sakit seakan-akan patah pinggang.
Aduh, diri mana yang mampu kalau begitu?

Inderaloka, mampir di pelabuhanmu sahaja cukup sukar bagiku.
Inikan pula menyusun sepatu berderetan sepanjang laluan sempit, yang penuh dengan tajam duri rotan.

Oh, pendengaran aku boleh menjadi mata-mata, pengganti mata yang terhalang.
Dunia, mana kau dunia?
Cengkerik hutan berbicara.
Sekejap kiri dan kanan.
Ah! Beribu mereka rupa-rupanya.
Mana satu yang benar, yang luruskah?

Riang-riang bersiul garang tanda hari semakin gilang-gemilang.
Di hutan ini?
Dengan mata-mata aku masih tertutup, terhalang?
Alangkah buruk nasibku.
Aku pasti terlepas segala yang indah di padang sana.

Baiklah.
Kalau begitu, berlepaslah aku dengan semua.
Lepaskanlah aku dari belengu dunia.
Jangan dihitung, jangan diungkit lagi.
Dari kafir kepada fakir.

Aku mencari aku
dan aku mendapatkan satu.
Cukuplah itu, untuk bekalan.
Aku manusia fakir.





.

11 comments:

Nizam.Ariff said...

Chupp tempat!
Jap, fikir... apa maksud para akhir tu ek?.. hmm..

tasekM said...

nk memikir n3 ko ni kan.. bukan bulih seminit dua. makan hari juga baru nak faham.

:)




.

Nizam.Ariff said...

TM,
bukan ko je, aku pun tengah fikir ni apa maksud masa aku tulis tu...

aza ni said...

salam zam
kali ke 2 aku masuk

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda Riwayat Abu Hurairah yang mafhumnya: “Dunia ini umpama penjara bagi orang yang beriman dan Syurga bagi orang kafir.”

Nizam.Ariff said...

Azani,
Hmm.. mungkin itu kut sebabnya aku tulis. aku tulis biasanya dari bisikan hati masa tu. Kadang2 aku pun tak faham kenapa aku tulis...hahaha

aza ni said...

salam zam, kau lebih arif,
bukan itu saja pesanan Baginda,banyak lagi ,juga Saidina Ali merumuskan dalam pidatonya dan suratnya pada Salman Al Farisi

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku tulis bila semalam dan hari ni aku dengar ramai yg nak cepat kaya. Yg kaya nak jadi kaya. Duit banyak, tanya lagi nak labur kat mana lagi banyak duit. Kadang-kadang aku naik menyampah pun sebab kadang-kadang aku pun join sekaki nak cari lubang untuk kaya... ish.

attholib said...

Mencari seribu, yang jumpa hanya satu, rupa-rupanya kata tok guru, yang ada sememangnya tinggal satu...

Nizam.Ariff said...

M.attholib,
...tu dah masuk lapis ke-3 tu..hahaha
memang itu pun maksud aku. tapi biarlah maksud itu sembunyi dalam terang...

secangkir madu merah said...

dalam maksud yg cuba kau sampaikan...


tak tercapai dek akal aku...

Nizam.Ariff said...

SMM,
dalam-dalam pun, paras dada itik je kak.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com