Wednesday, April 6, 2011

Masa sihat tak beringat...

.

Kala demam-demam begini, teringatkan oren 'bodoh' dan maggi.

Ye la, kecik-kecik dulu kalau demam (arwah) Bapak akan 'upah' dengan oren dalam botol kicap dan maggi. Mulut pahit makan 'Cortal' akan hilang rasa pahit itu dengan air oren.


Sekarang mana nak cari oren 'bodoh' lagi di S.Alam?

Tapi, Maggi ada...


Malam tadi, pekena maggi. Dan seperti yang sudah-sudah, lepas makan peluh bercucuran.

Lega sekejap. Jadilah walau sekejap... dapat nikmat hidup sihat walau seketika, syukur.


Pengajaran:

Masa sihat tak ingat. Bila dah terkukul-kukul, bila dah panas-panas, bila dah demam.

Barulah nak ingat .... MAGGI.


Hahahaa......



.

12 comments:

kucingorengemok said...

oren bodoh kat batu pahat melambak² hehe... berat la tapi nak pos kat orang demam

aza ni said...

cer ganti dengan air badak....
campur ngan 100 plus oren...kick...oi.

tasekM said...

org perak panggil oren bodoh, kan...? kot dalam dia sarsi pun kita panggil oren bodoh yek...? tak plak panggil sarsi bodoh. he he.

kalau dekat melaka ni deme panggil oren long chan.

ko kalau sihat tak makan megi yek...? aku makan je.





.

pB said...

oren 'bodoh' ???

Anonymous said...

kenapa makan mggie?ada paracetamol ke dalam maggie tu?

Nizam.Ariff said...

KOG,
Tu la.. pesal apa dia org pakai botol kicap... kan ke berat.

Azani,
Air tu 'kureng' sikit rasanya. Oren bodoh gk yang bes.. hahaha

TM,
Eh, betul la.. sarsaparilla kegemaran aku tapi aku panggil oren bodoh gak... Kalau sihat, aku makan maggi yg dah campur sayur dan telur dan macam-macam lagi... kalai time demam, maggi rendam je dah ok...


pB,
Jangan tanya aku kenapa dipanggil oren bodoh... aku pun tak tau. Mungkin sebab satu hari tu bapak budak suh beli oren tapi anaknya salah beli... "aku suruh beli oren la, bodoh!"

Jadi si anak pun pegi semula ke kedi sambil sebut-sebut " oren bodoh... oren bodoh..." supaya ingat.... ahaks


Anon,
Wuih... bukan setakat paracetamol, MSG, garam, lemak sayuran, perasa tiruan....semua ada... hahaha

Fadhilah Maarif said...

bila dah sakit, tekak pun meragamlah...

secangkir madu merah said...

ini mesti kes pulun deghoyan tak hingat...kan? kan?




semoga cepat sembuh...

Linda said...

TM,
ya betoi la tuh..oren bodoh..
lama dah tak mendengornye

Zam,
dapat Maggi Tomyam versi lama punya lagi kick ooo!
versi sekarang dah lemau rasanya...

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
tu la... sendi sakit semua sakit... masa ni la teringat masa kecik-kecik kena belai dimanja orang tua...

SMM,
mungkin juga ... kan hari tu sibuk perut panas... hahaha
'

b.kedondong,
Aku rasa versi sekarang dgn yang lama sama je. tak de beza. cuma versi sekarang ni dah lama expired, tu yg lemau... hehehe

Anonymous said...

salam ziarah

kita kalo demam dulu2...
ayah selalu bagi makan laici
dalam tin =) ~

Nizam.Ariff said...

Manje,
Selamat datang.

Laici = perah limau nipis pun ok gak kut. Boleh cuba ni.. thanks

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com