Wednesday, May 4, 2011

Coach... beg tangan untuk mama

.


Dah lama tak ke Sunway Pyramid. Walaupun rumah aku ni sepelaung Lotong di puncak Tualang, aku jarang-jarang ke situ. Bagi aku kalau tak ada tujuan baik tak payah nak bersesak-sesak ke sana. Setakat nak beli itu ini, pasaraya dekat-dekat sini pun ada.


Tapi hari pekerja bercuti nan lalu, aku pergi jua ke situ. Tanpa tujuan pada asalnya. Aku dah sampai ke seks 20 S. Alam, aku boleh patah balik dan tuju ke KESAS dan naik semula di Subang Jaya. Itu sungguh bukan aku, okey. Dan aku cari tujuan aku ke sana semasa aku memandu ke arah situ. Itu lagi bukan aku, okey. Jadi siapakah aku ini?


Dan apabila sampai di sana, tempat pertama yang aku tuju ialah ... butik Coach..!






Aku pulak yang tarik tangan mama untuk masuk ke butik itu. Mama naik pelik, betulkah aku ini 'AKU'. Aku belek-belek. Mama pun belek-belek juga. Saja nak tengok-tengok harga. Apa yang gahnya dengan Coach ni pun aku tak taulah sangat. Orang lelaki manalah tahu menilai benda-benda macam itu.


Salesgirl pun mendekati kami, dia tunjuk itu ini. Mama pun cuba-cuba yang itu dan yang ini. Mama kelek-kelek, mama sandang-sandang. Kejap-kejap mama tanya, " Cantik tak..?  Cantik tak..? " ..... cantikkk... balas aku.


Ariff dan aku duduk-duduk di sofa mewah yang disediakan. Seorang salesgirl yang lain mendekati aku.


" Sorry, aircond di sini memang ada masalah sikit. Dekat pintu utama. Angin panas dari luar masuk ke sini. Itu sebab panas sikit..." katanya.


Dia kata begitu bila dia lihat peluh di dahi dan pipi aku mula meleleh.


" sebenarnya aku tak pasti... aku berpeluh sebab panas atau sebab tengok harga ..." jawab aku sejujur-jujurnya.








.

7 comments:

ibundo said...

rasanya kau berpeluh bila tengok harga lebih dari setengah ribu kehkeh..
amacam.. jadi beli tak.

hairul392 said...

mesti jadi beli punyer..

aza ni said...

sayang abang ...he he he ,aku dengar orang kata

tasekM said...

gua tak ada hand bag mahal2 nih...








ok.
gua mmg kodi..



.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Bopoluh kak.. bopoluh...
Harga satu beg boleh buat downpayment kereta...


Hairul,
Dah berpeluh.. apa lagi cepat-cepat la keluar... hahaha


Azani,
Ahh.. sayang sayang lain kali je la... hahaha


TM,
Aku pun tak ada handbag, aku pun kodi gak nih...

secangkir madu merah said...

cuti hari buruh aku juga ke SP dan kebetulan sungguh aku hanya memerhati butik coach itu dari jauh...huhuhu...

h/bag coach yg ori idaman kalbu aku...


. jadik ke beli beg tu? fuh sayang sayang sayang, mesti mama arif peluk peluk ko kan...

Nizam.Ariff said...

SMM,
belian tertangguh.... window shopping jer. Ni tgh kumpul sehari seringgit...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com