.
Mimpi. Tapi aneh sekali. Malam tadi.
Aku berjalan-jalan di satu pekan kecil dan setibanya aku di satu kawasan lapang tempat meletak kereta, aku terlihat seorang lelaki tua bersongkok batik dan berbaju melayu dengan sampin kain pelikat sampai paras betis sedang bercakap-cakap. Beberapa orang berdiri di sekeliling orang tua itu. Aku hampiri kumpulan kecil itu. Orang tua itu sedang berniaga ubat. Di atas tikar kecil itu terdapat beberapa botol ubat dan barang-barang yang pelik-pelik yang biasa digunakan dalam pendukunan.
Sepasang suami isteri yang ada di situ berterima kasih kepada dukun tua itu kerana akhirnya si isteri mengandung selepas makan ubat hasil preskripsi dukun tua itu. Itu sahaja yang sempat aku dengar apabila aku sampai ke situ. Kini tinggal kami berdua sahaja: aku dan dukun tua itu.
Aku lihat dukun tua itu berketurunan Jawa, mungkin datang dari seberang kerana slanga dia masih pekat dengan bahasa Indonesia. Pada lengannya ada seutas gelang yang diperbuat daripada akar kayu yang berwarna hitam dan pada jarinya ada sebentuk cincin perak bermatakan batu berwarna hijau muda yang cantik.
Aku khabarkan masalah aku kepadanya. Aku katakan kepadanya, urat belikat aku bengkak dan tangan kanan aku lenguh dan sakit-sakit. Dia suruh aku buka baju dan tunduk. Dia tanggalkan cincinnya dan berikan aku sebuah cermin muka. Dia letakkan cincin itu pada urat belikat bahagian kanan dan serta merta batu cincin itu bernyala-nyala. Kemudian dia letakkan pula pada sebelah kiri. Batu pada cincin itu tak menyala.
Dia suruh aku pakai semula baju. Dia kata, aku perlu diurut tapi aku perlu datang ke rumahnya. Dan dia pun berikan panduan untuk ke rumahnya.
Keesokkan harinya aku sampai ke rumahnya. Di rumah setingkat, separa papan dan separa batu itu aku lihat ada 2 orang pembantunya. Pembantu yang agak pelik kerana seorang mukanya seperti 'Abon' dan seorang lagi seperti "Osman Kering'. Ketika itu aku lihat ada seorang lelaki sedang berubat dengannya. Aku tunggu giliran aku.
Tak lama kemudian, dukun tua itu keluar meninggalkan 2 orang pembantunya meneruskan upacara perubatan itu. Ketika itulah aku terlihat sesuatu yang aneh. 2 orang pembantunya itu seperti sukahati apabila dukun tua itu keluar. Tiba-tiba salah seorang daripadanya keluarkan sebilah golok yang tajam. Dengan tanpa belas kasihan, dia toreh belakang lelaki yang sednag meniarap itu. Terpekik - kelolong lelaki itu kesakitan. Cepat-cepat seorang lagi rakannya pegang. Tanpa hiraukan aku yang duduk tak jauh dari situ, mereka terus melapah lelaki itu. Darah bersemburan membasahi tikar mengkuang.
Aku terpaku tak terkata apa-apa. Tak percaya, lebih-lebih lagi apabila aku perasan rumah itu kelihatan sama seperti rumah lama Bapak aku. Ya, memang tak syak lagi. Rumah setingkat beratapkan zink.
Aku beranikan diri mendekati mereka berdua yang masih ketawa gembira. Aku cuba pegang salah seorang daripada mereka tetapi tangan aku seperti menangkap bayang-bayang, seperti menangkap angin. Begitu juga dengan seorang lagi.
Aku tanya, siapa mnereka sebenarnya? Mereka kata, mereka itu pembantu dukun tua itu.
Tak lama selepas itu, dukun tua itu pulang dan terkejut dengan apa yang terjadi. Dia marah pembantunya.
" Dia orang memang selalu macam itu, ini bukan pertama kali. Nak kena ajar...", dukun tua itu mengomel kepada aku.
Ak tanya lagi, siapa sebenarnya pembantunya sebab bila aku pegang tak dapat, seperti sentuh angin.
" Dia orang tu ruh jahat. Ruh yang tak diterima langit. Ruh yang ada dendam. Aku tangkap dan aku ambil bantu aku".
Aku melopong dan memang aku lihat mereka nakal. Bagi mereka membunuh orang itu sama seperti main masak-masak.
Kemudian, dukkun tua itu memberitahu aku sesuatu yang mengejutkan...
" Ruh jahat yang macam itulah yang dah bunuh Bapak kamu dulu... Bapak kamu meninggal sebab ruh-ruh itulah..."
Apa??!!
Update:
ini baru separuh cerita.... cerita seterusnya ada di sini ...
.
14 comments:
ko suka mimpi pelik² gini... tidur baca 3 qul tak?
dia tak basuh kakilah tu..
habiskan citer.. aku nak baca lagi..
.
ape cerita sekerat-sekerat nie...?ish..ish..ish...
KOG,
memamg aku tak baca sebab kalau baca nanti tak ada mimpi langsung... aku suka mimpi, terasa hidup aku panjang... hahhaha
SMM,
basuh kaki dan basuh segala-galanya kak. Tapi mimpi jugak. Aku terjaga pukul 5.15am dan sempat tahajjud...
FadhilahM,
jap aaa... aku keluar lunch dgn mama... ok, aku sambung.
Paman..
perhh...ni mimpi ke? detail betul ceritanye...maybe ada maksud tersirat disebalik mimpi paman tu..
Pojie,
Itu mimpi malam tadi.... betul punya... banyak scene aku dah potong, ganas sangat.
sebenarnya, ada scene flashback macam mana 2 hantu tu toreh/kelar/potong badan kakek. dia lapah kulit kakek.. tu yang jadi bengang giler. tapi tak nak la cerita sampai camtu.
hish... takut yek..?
ni aku kira mcm amaran tuhan gak nih...
.
TM,
Aku rasa bengang kat ruh2 jahat tu... macam nak sekeh2 kepala dia org tapi tak dapat... ish..
mula mula aku nak suruh bomoh tu tangkapdan bakar je...tapi yelah ini mimpi...tak boleh diarahkan macam filem.
Azani,
dukun tu pun sepakat je dgn hantu2 tu... tak bleh buat camner...
huhu..
tula..tp mmg kakek pun ada bengkak kat perut dia..g berubat ritu ngan nenek skali katenye mmg ada "barang" dlm tu...dia dah buangkan la...ada lagi kes..tp nnti uji cite di comment yang len..hoho
Pojie,
kes yang kakYong cerita tu ke?
..alamak.. aku tak mao..
Dino,
...seram weh... nak kena check gegar jantung dulu sblm baca neh...
"kepada yg ada lemah jantung, kencing manis... baca pelan2, baca part yg tak dak antu..."
Sepa,
Alaahh.. dulu-dulu pun selalu gak aku cerita mimpi pelik2 kat Taman Maju, kan?
Bukan ko ke dulu jadi pemburu hantu kat Tronoh?
Post a Comment