Sunday, June 26, 2011

Jalan-jalan ... merakam kad waktu senjakala

.

Bila kenduri kahwin saudara telah selesai, tiba masanya aku santai di tepi pantai.


Aku keluarkan kamera 'cerdik sangat' dari kamar tidurnya yang berspan dan berkelambu. Mode? tentulah automatik. Tapi sayang, medium senjakala mampu mengelirukan kamera cerdik (kini aku mula sangsi dengan kecerdikannya). Aku nak gelap-gelap tapi kamera itu asyiklah terangkan latar belakang foto. Payah betul.




Gaya tenang air laut tu dah macam tasek la pulak




Tengah sedap mencuba beberapa gaya (yang semuanya tak menjadi), seorang lelaki yang separuh umur menegur aku. Dia suruh gunakan objek untuk 'melindungi' mentari petang. Biarkan objek itu gelap, tak mengapa kerana fokusnya pada matahari, bukan objek. Dia tunjukkan beberapa foto dari kamera mahalnya untuk menjelaskan apa yang dia maksudkan tadi. Aku pun minta Mama untuk menjadi model senjakala.








Sebelum matahari benar-benar tenggelam, aku gunakan kapal layar sebagai subjek ujian foto-shoot sambil belajar.








Tapi dah pesen tangan jenis yang tak reti duduk diam-diam, asyiklah terhenjut-henjut. Apa lagi, imej tak tajam. Apa nak heran, bukan kena modalkan negatif filem pun. Foto tak cantik, padam sajalah...









.

12 comments:

tasekM said...

aku dh lama tak petik kamera.
hanya merakam peristiwa dalam kepala sahaja.
alahai...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
beli la sebijik... rakam peristiwa tu sebab kalau dah terlepas tak boleh ulang tayang...

tasekM said...

selera terhadap kehidupan dah hilang.
apatah lagi nk merakam segala.
aku nk hidup tanpa kenangan.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
bukan kenangan orang, kenangan untuk diri. Aku pun tak ada gambar sendiri. Kalau ada pun, 1 dalam 50 keping. Aku suka rakam suasana...

tasekM said...

kenangan apa2 pun aku tak mahu...


.

ibundo said...

akak suka tengok suasana matahari nak tenggelam. Kalau duduk tepi laut memang terpesona sungguh dengan keajaiban alam yang menjurus pada keajaiban penciptanya.

masa di feringgi kejap haritu tak dapat nak ambil gambar matahari terbit sebab ajak bos turun pegi laut pepagi dia malas hii..

Nizam.Ariff said...

TM,
kenangan yang bes-bes pun tak mao?




Kakpah,
Kat feringgi boleh nampak matahari terbit ke? bukan ke ngadap ke barat tu...? hahaha

Meeja said...

haih , kalau lomo =='

Nizam.Ariff said...

Mimi,
Ko tak balik lak... kalau tidaakkkkk... mee udang banjir woo...

erk.. tapi tak jadi. Ko tak ada..

ASH said...

Hmm..Nice photos...go ahead and try harder.

Nizam.Ariff said...

ladypurple,
thanks... will do... hahaha

hairul392 said...

gambar cantik.
nanti lama-lama ok lah tu...
cuba pakai manual mode pulak.
try test cuba...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com