Beberapa minggu yang lalu, kawan-kawan ada bertanya siapakah si Ayu dan siapakah si Juliet yang aku gunakan di dalam cerita-cerita aku. Lalu aku jawab, aku sendiri pun tak tahu siapakah mereka itu. Betul, aku tak tipu. Aku masih tercari-cari siapakah Ayu dan siapakah Juliet.
Malam tadi aku kerah tenaga otak dan hati aku untuk cuba tentukan siapakah Ayu Jannah itu. Untuk Juliet, nanti-nantilah. Ada pelbagai rupa yang muncul satu satu dan banyak yang aku tepis. Anehnya, Ayu Jannah muncul tanpa wajah. Dia muncul lebih kurang begini:
imej:free-flow-art.blogspot |
Akukah dia atau diakah aku? Keliru.
Kemudian, apabila aku 'lihat' diri aku seolah-olah tangan kanan ini adalah malaikat manakala tangan kiri ini adalah setan. Mereka bukan dalam hati kerana aku pasti di situ ada Tuhan.
Hmmm....
Kejap, aku nak betulkan kereta 'abang long' aku yang rosak petang semalam. Crank Angle Sensor dah putus wayarnya. Kereta tak boleh bergerak, kena panggil mekanik. Adios..!
.
10 comments:
Lagi keliru ckLah Jam...
Maghrib kat mana semalam? Kereta cikgu Lias ke?
Cklah,
Masa tu masih di parking lot. Bukan kereta abg alias. Kereta aku, kereta pertama aku yang dah berusia... biasalah.
Semalam, bila dah tak boleh, mama datang ambil. Sempat sampai dirumah sebelum maghrib. Tak jauh dari rumah pun.
dlm episod ayu bercakap dgn camar hitam tu aku membayangkan ayu adalah kamu.
.
TM,
mungkin betul kut.. tapi aku yang cuba menolak kenyataan itu..
tengok nanti-nantilah, sikit-sikit aku dapat menerima hakekat yang ayu adalah aku... ish ish...
tapi watak juliet adalah pelbagai.
kejap aku nampak itu.
kejap aku nampak ini.
kejap aku nampak dia.
kejap aku nampak si polan si polan.
.
tapi aku nampak jelas watak camar hitam.
mungkin tepat.
mungkin juga tidak.
.
TM,
Juliet tu memang macam tu.. payah nak ditangkap.. tu sebab payah aku nak teka apa sebenarnya dia... asyik la muncul lepas tu hilang... ish.
camar hitam? ooo... aku ingat tu cuma datang sekejap dan pergi... tak tau la datang lagi... ko rasa sapa camar hitam tu?
aku kelules
Azani,
dia org dah baca 'RACUN' pun ada kelules gak....
hahaha
Post a Comment